Jom menabung ASB! Skim Amanah
Saham Bumiputera boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan sijil. Berapa
dividen ASB dan bonus yang kita dapat? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan
ASB kita. Takpun boleh buat pengiraan sendiri: Amanah Saham Bumiputera
calculator. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASB boleh
layari laman web Amanah Saham Bumiputera online di http://www.asnb.com.my.
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) |
Objektif Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Untuk menjana pulangan jangka
panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping
memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Pelabur Sasaran ASB
Pelabur yang memahami risiko dan
pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang
tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan
penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
Kelayakan Memohon ASB
Syarat kelayakan buat buku akaun
ASB:
Bumiputera
1) Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
2) Akaun
Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur
bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah)
Harga ASB Seunit
RM 1.00
Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 10 unit
(Nak buka buku ASB kena melabur
RM10 paling minimum, paling sikit. Lagi banyak lagi bagus, hujung tahun dapat dividen
dan bonus banyak)
Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 10 unit
(Nak tambah pelaburan ASB, tambah
duit, paling sikit masukkan RM10 bagi yang guna buku ASB tu)
Sijil: gandaan 1000 unit
(Untuk sijil ASB, tambahan
pelaburan paling minimum RM1000)
Pelaburan maksimum ASB
Akaun Dewasa: 200,000 unit
(Had limit melabur dalam ASB
sebanyak RM200 ribu bagi akaun dewasa)
Akaun Remaja*: 50,000 unit
(Akaun remaja had limit melabur ASB
sebanyak RM50,000)
* Remaja tidak dibenarkan untuk
menjual semula unit melainkan Remaja berkenaan telah mencapai umur 12 tahun dan
permohonan untuk menjual semula unit tidak boleh melebihi 200 unit Akaun Remaja
dalam mana-mana tempoh 1 minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara
automatik ke Akaun Dewasa setelah Remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti.
Maksudnya: Untuk akaun remaja ASB,
umur 12 tahun baru boleh keluarkan duit ASB, kalau nak ambil duit ASB hanya
boleh ambil kurang dari jumlah RM200.
Buku akaun dewasa ASB dan buku ting remaja ASB |
Adakah ASB dikenakan caj jualan
balik? Tiada. Malah tiada juga caj jualan. Pembayaran jualan balik ASB akan
diberikan serta-merta. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada
penghujung tahun, contohnya 31 Disember. Pengiraan bonus ASB dan dividen akan
dilakukan.
Penutupan akaun ASB dan kelayakan bagi
pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan
tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun
berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan
minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan
akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk
pengagihan pendapatan, jika ada.
Bonus dan dividen ASB dari tahun 2013
hingga 2015
Tahun berakhir
31 Disember
|
2013
|
2014
|
2015
|
Kadar pengagihan
pendapatan seunit (sen)
|
7.70
|
7.50
|
7.25
|
Bonus seunit (sen)
|
1.00
|
1.00
|
0.50
|
Kalau tengok jadual agihan dividen
dan bonus ASB, ianya menurun sedikit. Tapi masih di paras menguntungkan
pelabur. Tahun lepas, 2015 dividen ASB diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Bonus
ASB pula sebanyak 50 sen seunit. Untuk tahun 2016, agaknya berapa la agihan dividen
dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kita tunggu pengumuman hujung
tahun.
Artikel menarik:
tahun 2013 paling syok... haha.. tahun 2015 mula terasa sedikit kesan ekonominye terhadap pulangan dividen yg dapat.. apa2 pun ia masih konsisten di paras 7..
ReplyDeletesangat setuju. selagi di paras 7 ia masih menguntungkan pelabur. tahun dulu2 memang besar dividen pnb bagi. apa pun mari kita gandakan duit kat asb. simpan banyak-banyak. dapat nikmati faedah dividen dan bonus hujung tahun.
Deletesalam. saya ni student di ipta dan tidak mempunyai apa2 pinjaman ataupun biasiswa. saya masih tak faham cara untuk melabur di dalam asb. apa yg dmksudkan jualan balik? dan bank mana yang sesuai?
ReplyDeletejualan balik tu kita buat pengeluaran wang asb dari akaun kita, means kita ambik duit tu, tiada caj dikenakan. utk berurusan dgn asb, pergi mana2 ejen asb
Delete