Apa kelebihan, manfaat dan
khasiat buah guarana? Pihak RISDA menggalakkan petani untuk menanam pokok guarana.
Ini kerana tanaman herba guarana memberi pulangan lumayan dan menguntungkan! Terdapat
banyak manfaat dari buah guarana yang boleh dikomersilkan. Fasa pertama projek
tanaman pokok Guarana di Malaysia bakal bermula hujung tahun 2016.
Kandungan dalam buah guarana
yang menjadikan ianya sangat berkhasiat!
Guarana mengandungi guaranin, asid amino, vitamin, karbohidrat,
tannin dan theine.
SENARAI MANFAAT DAN KHASIAT
GUARANA
1. Kelebihan buah guarana dapat menurunkan
berat badan
Amalan pengambilan guarana mampu mengurangkan selera makan
sekaligus dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan. Bukan itu sahaja,
guarana juga dikatakan mampu membakar lemak dalam badan sekaligus mengatasi
masalah kegemukan.
Produk guarana: Kopi Guarana Yusmira |
2. Manfaat guarana dapat membantu
meningkatkan tenaga seksual
Guarana juga dikatakan mampu meningkatkan tenaga seksual
lebih-lebih lagi dengan campuran kopi. Ini kerana, pengaruh kafein yang
terkandung di dalam guarana dan kopi mampu meningkatkan tenaga sekaligus
meransang tenaga seksual.
Produk guarana: Susu Kambing Guarana |
3. Kebaikan guarana dapat menghilangkan
sakit kepala dan migrain
Kajian pada tahun 1997 membuktikan bahawa guarana boleh
dijadikan ubat penahan sakit. Ini kerana, ianya bukan sahaja mampu merawati
penyakit migrain malah mampu menyembuhkan penyakit sendi, mencegah gastrik,
ulcer, hopotemia dan melancarkan sistem pencernaan badan melalui penyerapan
nutrien.
4. Khasiat guarana meransang otak dan
menguatkan daya ingatan
Kajian dari Brazil menunjukkan guarana mampun meningkatkan
daya ingatan kerana biji benihnya mengandungi sejenis minyak yang baik untuk
meransang otak. Ianya amat sesuai di amalkan oleh para pelajar untuk menguatkan
daya ingatan dan memori.
Produk guarana: Kapsul guarana – dietary supplement |
5. Kegunaan guarana juga dapat memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
Di Brazil penduduknya menjadikan guarana sebagai makanan
sampingan utama untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Guarana
dikatakan mampu meningkatkan gula (glukosa) darah sekaligus membantu dalam
penghasilan tenaga.
Itulah 5 manfaat dan
khasiat buah guarana. Jika anda dalam proses ingin kurus, cubalah produk
guarana, moga membantu anda mengawal kuantiti pemakanan anda dan mengawal
selera makan anda.
No comments:
Post a Comment