#provim2016: Peraduan Video Hari Kemerdekaan PROVIM 2016

Apa itu #provim2016? PROVIM 2016 merupakan pertandingan Projek Video Malaysia berkaitan peraduan video Hari Kemerdekaan PROVIM 2016. Contest PROVIM 2016 telahpun dihebahkan di kaca tv, anda semua dijemput untuk menyertai contest PROVIM 2016 ini.

#provim2016: Peraduan Video Hari Kemerdekaan PROVIM 2016, hadiah pemenang provim 2016, cara menyertai video contest provim 2016, cara pemilihan pemenang provim 2016, tarikh tamat peraduan video kemerdekaan provim 2016
#provim2016: Peraduan Video Hari Kemerdekaan PROVIM 2016

Apa yang menariknya, peraduan #provim2016 menawarkan ganjaran hadiah berjumlah RM21,000! Fuh! Lumayan.. Jom lihat pembahagian hadiah contest video hari merdeka 2016.

Hadiah pemenang PROVIM 2016
Hadiah utama RM8,000
Hadiah tempat ke-2 PROVIM 2016: RM5,000
Hadiah tempat ke-3 PROVIM 2016: RM3,000
5 hadiah sagu hati bernilai RM1,000

Cara menyertai video contest PROVIM 2016
Hasilkan klip video pendek yang menggambarkan perpaduan kaum dan semangat patriotik di negara ini sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan nama penuh pengirim, nombor kad pengenalan, sinopsis video pendek, alamat e-mel, dan nombor telefon. Hantar video pendek berdurasi tidak melebihi 3 minit dalam format MP4 menerusi emel ke provim.mpb@gmail.com

Cara pemilihan pemenang PROVIM 2016
Video tersebut akan dimuat naik melalui Facebook Berita MPB seperti Buletin TV3, Berita TV9, NTV7 7edition and 8TV Mandarin News. Penyertaan akan dinilai berdasarkan bilangan 'likes' di Facebook selain dinilai oleh juri profesional.

Tarikh tamat peraduan video kemerdekaan PROVIM 2016

Yang penuh kreatif tu, apa kata rebut peluang sertai peraduan video Hari Kemerdekaan PROVIM 2016 ni. Untuk info lebih lanjut, buat carian lebih mendalam lagi dengan kata kunci hashtag #provim2016. Klip video pendek yang membawa mesej bermakna mengenai perpaduan dan cintakan negara, menyentuh hati dan jiwa rakyat Malaysia akan disenarai pendek. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment