Tema Hari Malaysia 2016: SEHATI SEJIWA

Tema Hari Malaysia 2016 yang ke-53: Sehati Sejiwa | 16 September tarikh sambutan Hari Malaysia setiap tahun. Untuk tahun 2016, tema SEHATI SEJIWA dipilih sekali lagi sebagai tema Hari Malaysia tahun ini. Sebab tema Sehati Sejiwa dipilih: untuk memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Gambar logo Sehati Sejiwa, tema hari malaysia 2016 kali ke-53, sehati sejiwa, sebab tema sehati sejiwa dipilih, gambar logo sehati sejiwa, gambar hari malaysia 2016
Gambar logo Sehati Sejiwa
Tema Sehati Sejiwa juga dikatakan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini dilihat berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Malaysia.

Gambar Hari Malaysia 2016, tema hari malaysia 2016 kali ke-53, sehati sejiwa, sebab tema sehati sejiwa dipilih, gambar logo sehati sejiwa, gambar hari malaysia 2016
Gambar Hari Malaysia 2016
Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Bumi merdeka, aman dan harmoni. Sangat berterima kasih pada pemimpin negara suatu ketika dahulu, bersusah payah, berusaha keras ketika proses pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tanpa perjuangan mereka, mungkin kita bukan bergelar rakyat Malaysia pada hari ini. Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak disatukan, kita satu bangsa, satu negara, Malaysia!

Sejarah Pembentukan Malaysia 1963 Dan Sambutan Hari Malaysia
Hari Malaysia merupakan pembentukan Malaysia 1963. Ketika ini, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk menyertai penubuhan persekutuan Malaysia. Itulah sejarah Hari Malaysia. Setiap tahun, tanggal 16 SEPTEMBER ia merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia. Sambutan Hari Malaysia 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Agaknya apa program tv yang menarik di hari cuti am Hari Malaysia kelak. Biasa, memang ada rancangan khas. Jom skodeng kat tv kelak. Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA! 

No comments:

Post a Comment