Apa Itu Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

Apakah Sekolah Seni Malaysia (SSeM)? Bagaimana nak buat permohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia? Bila pengambilan pelajar Sekolah Seni Malaysia dilakukan? Apa subjek/ matapelajaran yang diajar di Sekolah Seni Malaysia? Baca selanjutnya..

apakah sekolah seni malaysia ssem, cara buat permohonan kemasukan tingkatan 1 sekolah seni malaysia, bila pengambilan pelajar sekolah seni malaysia, apa subjek/ matapelajaran yang diajar di sekolah seni malaysia
Kenali apa itu Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

Tujuan penubuhan Sekolah Seni Malaysia adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni seperti Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual.

Apa itu Sekolah Seni Malaysia?
Sekolah Seni Malaysia ialah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Kemudahan Yang Disediakan Di Sekolah Seni Malaysia
Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni Malaysia adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang. Secara dasar, kemudahan fizikal SSeM adalah merangkumi perkara-perkara yang berikut:
- Bangunan dan Kemudahan Asas;
- Bangunan Kompleks Seni (Studio Kesenian);
- Peralatan; dan
- Lanskap dan Persekitaran.

Bangunan dan kemudahan asas di Sekolah Seni Malaysia memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi:
Blok Akademik;
Blok Makmal:
Makmal Sains;
Makmal Komputer;
Makmal Bahasa;
Blok Asrama – Lelaki dan Perempuan;
Rumah Kediaman Guru dan Staf Sokongan;
Dewan Makan; dan
Padang dan Gelanggang Sukan.
Bas dan Coaster.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah. Kompleks Seni merangkumi kemudahan-kemudahan yang berikut:
Dewan Eksperimen/Auditorium (Persembahan);
Muzikal;
Teater;
Tarian;
Dewan Pameran / Galeri Seni
Seni Visual;
Reka Bentuk;
Filem;
Video;
Rakaman;
Penyuntingan;
Adunan;
Bilik Tayangan;
Studio Mini;
Studio Tarian.
Studio Teater
Studio Muzik

Pelajar yang ada kebolehan khas berseni, bolehlah membuat permohonan masuk SSeM. Moga perkongsian apa itu Sekolah Seni Malaysia membantu anda memahami kelebihan tawaran sekolah seni ini. Selamat memohon!

No comments:

Post a Comment