Dividen ASW 2020 Tahun 2016: 6.30 Sen Seunit

Kadar Dividen Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) Tahun 2016 | Dividen ASW 2020 Bagi Tahun 2016 6.30 Sen Seunit | ASNB umum agihan pendapatan ASW 2020 tahun ini 6.30 sen seunit. Menurun dari dividen ASW 2020 tahun lepas (2015) sebanyak 10 sen.

Dividen ASW 2020 Tahun 2016: 6.30 Sen Seunit, kadar dividen amanah saham wawasan 2020 (asw 2020) tahun 2016, asnb umum agihan pendapatan asw 2020 tahun 2016 6.30 sen seunit, dividen amanah saham wawasan 2020 rm6.30 seunit, bila boleh kemas kini buku asw 2020, dividen asw 2020 tarikh keluar, beza dividen asw 2020 tahun 2016 – 2015
Dividen Amanah Saham Wawasan 2020 RM6.30 Seunit
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen ASW 2020 sebanyak 6.30 sen seunit bagi skim Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016. Pengumuman dividen ASW 2020 tahun 2016 tarikh keluar diwar-warkan pada 26 Ogos 2016.

Pembayaran dividen ASW 2020 berjumlah RM1.146 bilion akan dimanfaatkan 878,000 pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 yang melanggan 18.193 bilion unit ASW 2020 - Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Beza dividen ASW 2020 tahun 2016 - 2015
Tahun berakhir 31 Ogos
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.40
6.30

Berdasarkan jadual di atas, agihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020 tahun 2016 menurun 10 sen berbanding tahun 2015. Tahun 2016, dividen ASW 2020 diumumkan 6.30 sen seunit. Manakala tahun 2015, dividen ASW 2020 diumumkan 6.40 sen seunit.

Buku akaun Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), kadar dividen amanah saham wawasan 2020 (asw 2020) tahun 2016, asnb umum agihan pendapatan asw 2020 tahun 2016 6.30 sen seunit, dividen amanah saham wawasan 2020 rm6.30 seunit, bila boleh kemas kini buku asw 2020, dividen asw 2020 tarikh keluar, beza dividen asw 2020 tahun 2016 – 2015
Buku akaun Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)

Bila boleh kemas kini buku ASW 2020? Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang ASW 2020 secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 1 September 2016. Jadi, 1 September kelak, boleh la update buku Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) kat cawangan ASNB.

Kesemua transaksi bagi ASW 2020 di ibu pejabat ASNB atau ejen ASNB digantung bermula 25 Ogos 2016 sehingga 31 Ogos 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan / pengagihan dividen dilakukan. Nak cepat, boleh buat sendiri pengiraan dividen ASW 2020.

Dividen ASW 2020 dari tahun 2013 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Ogos
2013
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.70
6.60
6.40
6.30

Agihan dividen ASW 2020 semakin menurun. Tahun 2013, dividen ASW 2020 diumumkan 6.70 sen seunit. Turun 10 sen pada 2014, turun lagi 20 sen pada 2015, turun lagi 10 sen pada tahun 2016. Perbandingan dividen tahun 2013 dan 2016, dividen turun sebanyak 40 sen. Ok la, masih lagi di takat menguntungkan. Pemberian dividen pada kadar sekitar 6.00 sen seunit. Kalau simpan duit bawah bantal, duit mana boleh beranak. Simpan kat ASW 2020 ada pulangan. Info lanjut - Lihat: PELABURAN AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW2020)***

Pembayaran pengagihan pendapatan tabung ASW 2020 akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit secara automatik yang akan dikreditkan ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 September 2016. Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

Siapa yang boleh melabur dalam AMANAH SAHAM WAWASAN 2020?
ASW 2020 merupakan dana ekuiti berharga tetap, di mana 51% daripada saiz yang dibenarkan dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 49% dibuka kepada masyarakat bukan Bumiputera. Pelaburan di dalam ASW 2020 dibuka kepada warganegara Malaysia berumur seawal enam bulan dan ke atas.

Anda ada buat pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020? Moga pengumuman agihan pendapatan dividen ASW 2020 tahun 2016 pada kadar 6.30 sen seunit buat anda tersenyum girang. Duit beranak pinak dalam bank. Jom melabur ASW2020! 

No comments:

Post a Comment