Hukum Pelaburan ASB & ASN

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB / ASN). Apakah hukum pelaburan saham? Saham yang dimaksudkan adalah ASB mahupun Amanah Saham Nasional (ASN). Bolehkah kita sebagai orang Islam menabung ASB? Apa fatwa labur ASN ASB. Berikut merupakan perkongsian tentang hukum pelaburan ASB terkini. Hukum pelaburan ASB 2016.


hukum pelaburan asb terkini, hukum pelaburan asb 2016, hukum asb dan asn, hukum pelaburan saham, hukum menabung dalam asb, hukum harus asb, fatwa labur asn asb
Apa hukum pelaburan ASB / ASN


Berdasarkan pembacaan saya di website ASNB, hukum melabur dalam skim ASN dan ASB adalah harus. Persoalan tentang haram atau halal main ASB akhirnya terjawab. Jom kita baca penerangan di bawah.

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum pelaburan dalam ASN/ ASB serta dividen bonus adalah HARUS. Kaedah ijtihad juga digunapakai oleh kebanyakan majlis penasihat syariah dalam industri sekuriti dan kewangan untuk menentukan hukum (produk).

Kekeliruan tidak seharusnya timbul kerana hukum Harus dikeluarkan oleh badan bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan agama Islam di negara ini.

Hukum Harus berpandukan 5 perkara asas Maqasid Syariah. Hifz Al-Mal (kekuatan ekonomi umat Islam) merupakan daruriyah yang dipertimbangkan kerana kedudukan ekonomi umat Islam di negara ini yang perlu diperkukuhkan lagi.

hukum pelaburan asb terkini, hukum pelaburan asb 2016, hukum asb dan asn, hukum pelaburan saham, hukum menabung dalam asb, hukum harus asb, fatwa labur asn asb
Hukum menabung dalam ASB adalah harus

PNB/ ASNB memainkan peranan besar meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera dan Islam di negara ini menerusi penguasaan dalam syarikat strategik dan utama. PNB/ ASNB tidak melabur dalam sektor yang nyata haram seperti arak dan judi. PNB/ ASNB mempunyai Panel Penasihat Syariah yang berpengalaman luas dalam hal ehwal berkaitan agama Islam.

Keputusan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama'i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para Mufti dan ahli-ahli pakar bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains.

PNB tidak sama dengan komersial lain kerana fungsinya adalah seperti badan kerajaan dengan matlamat meningkatkan ekonomi masyarakat Bumiputera dan Melayu, jadi kalau kita samakan PNB dengan komersial lain, itulah yang menimbulkan kekeliruan. - Dato' Mohd Shukri bin Mohamad, Mufti Kelantan

Artikel menarik:

Dengan penerangan di atas, fahamlah kita tentang hukum menabung dalam ASB. Ia dibolehkan. Dengan penuh yakin tanpa was-was berdasarkan kenyataan di atas, hukum pelaburan ASB dan ASN adalah harus. Menabung amalan mulia. Mari kita simpan wang di bank, sambil menunggu duit beranak-pinak. 

2 comments: