Hujan Ribut Di Pasar Mukah, Sarawak
Julai 2016, sempat merakam video hujan
lebat beserta angin kuat berlaku di Pasar Mukah. Habis kebasahan kami, even
berada dalam tandas awam. Tempias angin begitu kuat! Tiupan angin menderu-deru.
Pintu tandas terhempas kuat! Baldi penjual ikan sekitar Pasar Mukah
terpelanting masuk dalam sungai Mukah. Perahu tambang terkandas, ditiup angin
kuat, tersadai di tepi sungai, sehinggalah hujan reda, baru perahu tambang
berjaya sampai ke jeti.




