Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia

Kata-kata ucapan selamat menyambut Hari Malaysia 2016 kali ke-53. 16 September 2016 selamat Hari Malaysia semua! Hari Malaysia hari bersejarah penubuhan Malaysia yang kita tunggu-tunggu setiap kali menjelangnya tarikh 16 September. Pasti terasa meriah sambutan Hari Malaysia tahun ni. Terutamanya anak-anak kita yang buat sambutan Hari Malaysia di sekolah. Pelbagai aktiviti menarik bersama guru dilakukan.


Mengibarkan bendera kecil dalam kelas. Membuat lukisan jalur gemilang, bendera Malaysia dan mewarna. Bila balik rumah, mesti anak-anak sibuk membuat karangan sambutan Hari Malaysia. Jom lihat kata ucapan sempena sambutan Hari Malaysia.

sambutan hari malaysia 2016 kali ke-53, sejarah pembentukan malaysia 1963 dan sambutan hari Malaysia 16 september, sambutan hari malaysia di sekolah, selamat hari malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2016 kali ke-53
Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Bumi merdeka, aman dan harmoni. Sungguh pun negara kita punya berbilang bangsa, ada Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban, Kadazan, juga kaum bumiputera lain namun semuanya hidup bersatu padu. Utuhnya perpaduan kunci kejayaan dan kedamaian negara Malaysia.

Sangat berterima kasih pada pemimpin negara suatu ketika dahulu, bersusah payah, berusaha keras ketika proses pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tanpa perjuangan mereka, mungkin kita bukan bergelar rakyat Malaysia pada hari ini. Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak disatukan, kita satu bangsa, satu negara, Malaysia!

Selari dengan tema sambutan Hari Malaysia 2016 iaitu Sehati Sejiwa, setiap rakyat harus bersatu padu dan jangan berpecah belah. Bila negara aman, rakyat dapat hidup dengan makmur. Hari Malaysia itu sendiri mengajar kita betapa bertuahnya kita lahir-lahir sahaja kita sudah bergelar rakyat Malaysia, berstatus warganegara, mendiami di bumi yang sudah merdeka. Kita yang dahulunya duduk di Tanah Melayu, di Sabah, di Sarawak kini disatukan dalam sebuah negara yang sama iaitu Malaysia.

Selamat Hari Malaysia buat guru-guruku, kedua orang tuaku, buat pemimpinku, juga buat rakan-rakan senegaraku. Buat adik-adik yang tengah cuti Hari Malaysia tu, selamat beristirehat, selamat menonton tv. Lakukan perkara faedah di hari cuti Hari Malaysia yang bermakna ni. Jangan lupa buat ulangkaji pelajaran.

Sejarah Pembentukan Malaysia 1963 Dan Sambutan Hari Malaysia
Hari Malaysia merupakan pembentukan Malaysia 1963. Ketika ini, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk menyertai penubuhan persekutuan Malaysia. Itulah sejarah Hari Malaysia. Setiap tahun, tanggal 16 SEPTEMBER ia merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia. Sambutan Hari Malaysia 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Sambil baca ucapan selamat menyambut Hari Malaysia, marilah kita sematkan nilai patriotik dalam diri kita. Malaysia bumi merdeka aman nan damai. Di sini..tempat lahirnya kita, tanah air tercinta. Malaysia namamu sentiasa dihatiku.

No comments:

Post a Comment