Contoh
sajak 16 September Hari Malaysia dan
perkongsian 5 koleksi sajak Hari Malaysia.
Sajak sempena Hari Malaysia tanggal 16 September 1963. Alangkah bertuahnya
kita, lahir-lahir sahaja kita bergelar rakyat Malaysia, berstatus warganegara.
Perdengarkan sajak aku anak Malaysia /
sajak Hari Malaysia 2016 / sajak Sehati Sejiwa luahan rasa kesyukuran lahir
di bumi Malaysia yang telah merdeka ini. Nukilan puisi Hari Malaysia dari mereka yang hebat.
Lihat: RASA PATRIOTIK SANGAT!
BERKOBAR-KOBAR! DEDIKASI UNTUK HARI MALAYSIA 2016 TANGGAL 16 SEPTEMBER***
Tahun
ni, Sehati Sejiwa telah dipilih
sebagai tema Hari Malaysia 2016. Benar.. jika ingin bersatu, membina
perancangan dan beroleh kejayaan, semua orang harus bersatu hati, sehati
sejiwa. Barulah apa yang dirancangkan terlaksana dan mencapai matlamat. Jom
hayati sajak Hari Malaysia kali ke-53.
5 Koleksi Sajak Hari Malaysia |
Artikel
menarik:
Sajak Hari Malaysia: SEHATI SEJIWA
Lahir
sebuah negara bangsa
Atas darah
sumpah setia wira perkasa
Atas keringat,
air mata
Serikandi
berjasa
Atas kental
cekal, cendekia bitara
Negarawan
bijaksana di buana siasah
Penjajah,
kita banteras
Seteru,
kita berantas
Tanpa
was-was
Demi nusa
bangsa tercinta
Merdeka
kita
Atas azam
iltizam
Merdeka
kita
Atas gagasan
wawasan
Melahirkan
bangsa cemerlang
Merealisasikan
nusa terbilang.
Tujuh
petala langit
Tujuh
petala bumi
Tanah
ibunda tercinta
Merdeka
kita, sebenarnya
Bersendikan
sepakat
Bertunjangkan
muafakat umat
Sehidup
semati
Membina
rumah aman
Membina
rumah insan
Membina
rumah sejahtera
Membina
rumah bahagia
Rumah
muhibah rumah musyawarah
Rumah
amanah
Sederap
anak-anak bangsa
Memikul
kewajiban mendepani cabaran
Membangun
sejahterakan bangsa
Memaju
makmurkan nusa
Tanpa
duka lara derita
Tanpa
luka noda sengketa
Seiring
sejalan seia sekata
Sehati
sejiwa
Demi tanah
air tercinta
Demi
tanah air sentosa
Dirgahayu,
Malaysiaku!
Chai Loon Guan,
Tg. Malim.
Sajak Hari Malaysia: SELAMAT HARI MALAYSIA
JANJI DITEPATI
Selamat
Hari Malaysia ke-49
Duhai
rakan seperjuanganku
Perjuanganmu
terbayar kini
Penat
lelahmu tertunai kini
Lauangan
suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
Kerana
suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan
Yang
membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi
Sempena
Hari Malaysia Ke-49 ini
Semuanya
sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak
Kerana
semua janji ditepati
Makanya
senyumlah dalam syukur pada-Nya
Kerana
perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
Kerana
janji telah ditepati
Hari
Malaysia ke- 49 ini
Amat
berarti bagi moyangmu
Datu
Paduka Muhammad Saleh
Kau
bahagia
Rakyat
Sabah bahagia
Rakyat
Malaysia Bahagia
Pemimpin
1 Malaysia Bahagia
Bahagia
Hari Malaysia Janji Ditepati!
Selamat
Menyambut Hari Malaysia
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(Puisi disiarkan sempena meraikan Hari
Malaysia ke-49 pada 16 September 2012)
Sajak Hari Malaysia: KAMI SAYANG SABAH KAMI
SAYANG SARAWAK KAMI SAYANG 1MALAYSIA
Kami
Sayang Sabah
Kami
sayang Sarawak
Kami
Sayang 1Malaysia,
Jasa
Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga
1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan
Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.
Negeri
Sarawak terus membangun,
Bajet
pembangunan dibuat telus;
Nasib
rakyat tidak dibiarkan,
Biar
cemerlang terus menerus.
Dilaksanakan
PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat
mencapai keperluan Negara;
Segala
ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai
dan diamalkan bersemangat membara.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
(Puisi disiarkan sempena meraikan Hari
Malaysia ke-49 pada 16 September 2012)
Sajak Hari Malaysia: HATIKU OH MALAYSIA
1
Malaysia,
Bersatu
kita teguh, bercerai kita lebur,
Satu
lambang pembinaan jati diri,
Negaraku
oh Malaysia,
1
bangsa, 1 semangat, 1 suara.
1
Malaysia,
Hari
berganti hari,
Bulan
berganti bulan,
Tahun
berganti tahun,
Berkembangnya
Negara bak cendawan tumbuh,
Asas
kemodenan pemaju Negara,
Dasar
penggerak masyarakat jaya.
1
Malaysia,
Hatiku
belum berganti,
Rinduku
padamu tidak terperi,
Namamu
sentiasa di hati,
Kaulah
pembakar semangatku,
Semangat
yang kian membara,
Belum
ada rasa ini,
Namun
keranamu baruku sedari,
Hatiku
oh..Malaysia.
Aku
Melihat Malaysia.
Aku
lihat, kau kecil di situ,
Ku
lihat dekat-dekat,
Oh,
namanya Malaysia.
Kecil
di dalam peta itu,
Tapi
apa hebatnya?
Aku
lihat, kau kecil di situ,
Namun
siapa sangka,
Kau
pelindung manusia,
Kau
penyelamat keganasan di marata.
Aku
lihat, kau kecil di situ,
Pembina
Negara bangsa,
Penyatu
jiwa merdeka,
Penyemai
insan berjaya.
Aku
lihat, kau kecil di situ,
Namun
kau berhati besar,
Kau
penyelamat dunia,
Kau
membuat kami bangga,
Dan
kau yang tiada bandingannya.
Sajak Hari Malaysia: AKU ANAK MALAYSIA
Detik
ini,
Pada
tanggal 31 Ogos
Berulang
lagi, menjelma lagi,
Negaraku
merdeka.
Dalam
keriangan ini,
Kenangilah
jasa perajurit, jasa pejuang kemerdekaan
Yang
tidak mengenal erti kekecewaan.
Aku
bangga menjadi anak Malaysia,
Aku
bangga mengibarkan jalur gemilang,
Aku
bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,
Akulah
pengisi kemerdekaan ini,
Demi
generasi akan datang.
Semoga
negaraku sentiasa berdaulat,
Gemilang
dan terbilang,
Aku
anak Malaysia.
Sekian,
5 koleksi sajak Hari Malaysia. Moga
perkongsian sajak Hari Malaysia 16 September membuatkan kita menjadi
lebih berjiwa patriotik. Selamat Hari Malaysia 2016 kali ke-53!!!
No comments:
Post a Comment