Buka Akaun ASB Untuk Anak

Buka Buku Akaun AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) Untuk Anak | Tanggal Februari 2016, usia baby Amirah bakal mencapai 6 bulan. Yes! Dapat la aku laksanakan misi aku nak buka buku akaun ASB untuk baby Amirah. Sebab syarat buka akaun ASB umur pemohon kena 6 bulan ke atas.


Kalau nak tahu, ASB ni hanya dikhaskan untuk Bumiputera sahaja. Akaun ASB terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
2. Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah). Baca: ASB dan duit tabung ADAM50

Gambar Buku ASB Ting Untuk Akaun Remaja 
Buka akaun asb untuk anak, cara buka akaun asb, buka akaun asb di maybank, buka akaun asb cimb, syarat buka akaun asb, buka akaun tabung haji anak, buku asb ting anak, had pelaburan asb, syarat keluarkan duit asb
Buku ASB Ting untuk baby Amirah

Ini bermakna, akaun ASB baby Amirah di bawah AKAUN REMAJA. Yakni kanak-kanak berusia 6 bulan hingga umurnya 18 tahun kelak. Duit tabung baby Amirah dah terkumpul sebelum ni, hasil pemberian orang yang melawat baby Amirah sejak lahir lagi. Alhamdulillah, murah rezeki baby Amirah. Pernah diterbitkan kat sini: Duit angpau baby Amirah berjumlah RM650. Namun, duit terkini baby Amirah dahpun bertambah. Alahai..seronoknya budak kecik tu.

Had Pelaburan ASB
Akaun Dewasa: 200,000 unit
Akaun Remaja: 50,000 unit


Untuk AKAUN DEWASA macam aku had pelaburan ASB maksimum RM200,000. Jumlah maksima boleh menabung di ASB. Manakala baby Amirah pula had pelaburan ASB ialah RM50,000 di bawah AKAUN REMAJA. Duit terkumpul baru je ratusan ringgit, belum lagi capai ribuan ringgit. Lagi jauh nak capai nilai maksima RM50k tu. Huhu.. Insha Allah kumpul sikit-sikit, nanti hasilnya di simpan dalam tabung ASB.

Info Penting Pasal AKAUN REMAJA ASB
Pemohon AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) berstatus remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan remaja berkenaan telah mencapai umur 12 tahun. Ini bermakna, duit simpanan ASB tidak boleh dikeluarkan sehinggalah pemohon ASB berusia 12 tahun.

Syarat keluarkan duit ASB: Permohonan untuk mengeluarkan wang pula tidak boleh melebihi jumlah RM200 bagi Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh 1 minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti.


Cara Buka Akaun ASB
Nak buka akaun ASB untuk anak, caranya mudah je, pergi ke cawangan ASB seperti pejabat pos. Ataupun boleh buka akaun ASB di Maybank dan CIMB. Isi borang khas untuk akaun remaja. Sertakan sekali dokumen berikut:

1. Kad pengenalan ibubapa/penjaga
2. Sijil lahir anak
3. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
4. Salinan sijil lahir anak
5. Kad pengenalan anak


Haa, siap buku ASB untuk anak. Dah berjaya buka akaun ASB untuk baby Amirah kelak, plan seterusnya nak buka akaun Tabung Haji anak pula. Menabung kan amalan mulia. Kat mana lagi kalau kita nak menabung, takkan bawah bantal, bawah tilam, mesti la kat bank. Baru simpanan tu selamat. Eh, duit simpan kat bank boleh beranak pinak tau. Seronoknya bila tengok bonus dan faedah masuk time pengiraan hujung tahun tu. Jom menabung di ASB!


Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis akaun ASB:
1. ASB
2. ASB 2
Sesiapa yang ada buka akaun ASB 2, memang untung! Dividen ASB 2 boleh tahan hebatnya.

Makluman bersama:


Kisah bonus dan dividen lagi..

94 comments:

  1. Atok pun boleh buka akaun ASB untuk cucu :)

    ReplyDelete
  2. Atok pun boleh buka akaun ASB untuk cucu :)

    ReplyDelete
  3. Nak Tanya bleh ya kak,,,maksud kelayakan "Bumiputra" tu,mesti tertulis bumiputra kah dlm mykid/mykad kita.Sbb ic sya bukan bumiputra(taraf warganeganya),cuma "warganegara" je.bleh buka kah kak?

    ReplyDelete
  4. Nak Tanya bleh ya kak,,,maksud kelayakan "Bumiputra" tu,mesti tertulis bumiputra kah dlm mykid/mykad kita.Sbb ic sya bukan bumiputra(taraf warganeganya),cuma "warganegara" je.bleh buka kah kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat ic sy pun tertulis warganegara. nanti mereka akan refer status 'bumiputera' kat sijil lahir anak

      Delete
    2. Law umur anak baru 4bln,blh tak bukak akaun ASB?

      Delete
    3. umur 4 bulan x boleh bukak akaun. hanya anak usia 6 bulan ke atas baru layak buka akaun asb

      Delete
  5. Simpanan setiap bulan da ditentukan ataupn ikut jumlah berapa yg kita nk simpan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya terpulang pada diri kita sendiri. kalau saya, saya memang akan tentukan amount simpanan setiap bulan

      Delete
    2. Simpanqn tidak ditentukan.. kira macam akaun bank, ikut suka nak masuk berapa, nak masuk bila,

      Delete
  6. Buka akaun asb kne bawa anak skali ke x perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya anak 6 bulan, tak perlu bawa. yang penting dokumen nak buat akaun asb untuk anak tu lengkap

      Delete
    2. Anak tak perlu bawa pon, hanya perlu mykid asal ataupun surat beranak asal dan ic ibu bapa atau penjaga, nnti bank yg akan tolong potostat kan, cuma perlu isi borang sahaja,

      Delete
  7. nak tanya..dalam borang ada sign saksi...adakah kena bawa saksi?

    ReplyDelete
  8. nak tanya..dalam borang ada sign saksi...adakah kena bawa saksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu. sebab masa buat akaun anak mereka tak tanya mana saksi. cuma part bahagian saksi tu kena isi je la.

      Delete
  9. yang salinan tu kita kena wat photocopy ke atau diaorg yg tolong photostatkan if buat dekat bank? means kita bawak yg original je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bawa photocopy terus. sediakan semua dokumen dengan lengkap, sebab kalau tak ada photocopy tu leceh nak ulang alik urus benda sama

      Delete
  10. Salam...nak tumpang tanya, untuk anak baru 1tahun, document yg kad pengenalan anak tu , anak kena buat mykid dlu ke, tak boleh sjil lahir je? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok syarat buka akaun asb atas tu kena bawakan mykid dan sijil lahir anak. 2 benda tu mesti ada. masa anak sy lahir dulu, sijil lahir dah boleh ambik bersama mykid. blh dptkan mykid di pejabat jpn.

      Delete
  11. Salam kak, nak tahu untuk bkk akaun asb ni perlu bayaran berapa ya? Dan duit untuk bukak akaun tu nanti boleh dikeluarkan balik tak? Pastu kita boleh buat potongan gajikan .. Ade jumlah minimum ke utk potongan tu? Maaf byk tnye kak sbb baru nak berjinak dgn asb hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan sy ni utk akaun asb utk anak

      Delete
    2. wsalam. buka akaun asb boleh labur dengan nilai minimum rm10. duit utk buka akaun semestinya boleh dikeluarkan balik. itu kan duit kita. tentang potongan gaji tu sy tak pasti. blh ajukan pertanyaan pd staf asb.

      info tentang ASB lebih terperinci:
      Pelaburan ASB
      ASB 2

      Delete
  12. nak tanya, klo org dewasa perlu bawa salinan ic jga ke tuk buat akaun Asb ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, perlu bawa salinan ic utk buat akaun asb dewasa

      Delete
    2. slm. perlu bawa salinan surat beranak juga ke

      Delete
    3. ya perlu bawa surat beranak/ sijil lahir asal dan juga salinan surat beranak. ianya untuk pastikan anda golongan bumiputera ataupun tak. asb hanya dikhaskan untuk kaum bumiputera sahaja

      Delete
  13. Kena bawak salinan ic ibu dan bapa jgk ke?kalo ibu @ bapa shj x boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buka akaun asb untuk anak, salinan ic ibu dan bapa tu wajib

      Delete
  14. Assalam..tumpang tanya..untuj kepastian..akaun remaja ting bermaksud amanah saham bumiputera ke ke?sebb dlm mb2u just ada 3 plhn..xde pun akaun remaja ting

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, akaun remaja ting tu asb juga. asb utk remaja umur bawah 18 tahun

      Delete
  15. KALU NAK KELUAR DUIT DARI AKAUN ANAK.JIKA IC KITA TAK LEH GUNA.BOLEHKA KITA GUNA MYKID ANAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarkan duit asb anak perlukan ic daripada penjaga. penjaga yang tertera dalam buku bank asb anak. rasanya tak dapat pakai mykid anak.

      kalau ic penjaga bermasalah, boleh buat baru di jpn. 1 jam ic baru boleh siap. boleh juga tanyakan staf asb sama ada boleh tak guna mykid anak.

      Delete
  16. sekiranya sy milikki buku account 'ting' ms kecik dulu' tp dah hilang' adakah masih ade atau boleh dapatkan kembali acc tersebut' ini kerane sy sudah berumur 25 tahun' dan mempunyai acc ASB lain'

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapatkan kembali buku ting yang dah hilang tu, caranya:
      Buku ASB hilang bagaimana nak buat baru
      bila mencapai usia 18 tahun, automatik buku ting akaun remaja bertukar ke akaun dewasa

      Delete
  17. Salam kak,berape bayaran utk bukak akaun utk anak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. bayaran buka akaun asb anak hanya rm10 sahaja

      Delete
  18. Salam sis...nak tya..blhkh anak sya buka akaun asb tu sebab dlm surat beranak dia tulis warganegara je...lgpun dia bangsa ikut papa dia cina tp muslimlh....

    ReplyDelete
  19. Salam sis...nak tya..blhkh anak sya buka akaun asb tu sebab dlm surat beranak dia tulis warganegara je...lgpun dia bangsa ikut papa dia cina tp muslimlh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya kurang pasti. sebab asb ni untuk kaum bumiputera sahaja. boleh ajukan soalan pada staf/ejen asb

      Delete
  20. apa beza ASB dan ASB2 yea? boleh minta pencerahan tak?

    ReplyDelete
  21. apa beza ASB dan ASB2 yea? boleh minta pencerahan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk lebih pemahaman tentang asb dan asb2, sila klik 2 link di atas. kebanyakan kita melabur dlm asb, tapi kalau dapat buat asb2 itu lagi baik, lebih menjana keuntungan

      Delete
  22. Assalamualaikum kak, tumpang tanya, ibu bapa sy ad buatkan sy akaun asb remaja sebelum ini, dan skrg sy sudah cecah 18, tetapi sy masih menggunakan buku asb ting, kalau nak tukar ke buku akaun dewasa bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku asb remaja akaun tukar automatik ke akaun dewasa asb bila usia cecah 18 tahun ke atas. hanya perlu bawa buku asb je kat mana2 ejen asb, nanti diorang akan bagi buku akaun asb dewasa

      Delete
    2. Salam isteri saya tgh sarat mengandung saya dah terfikir nak labur 200 k utk anak saya yg bakal lahir tapi memandangkan akaun remaja max 50 k boleh juga.. Saya nak tanya Bolehkah dividen dari akaun anak saya dikeluarkan pada bila bila??

      Delete
    3. Salam isteri saya tgh sarat mengandung saya dah terfikir nak labur 200 k utk anak saya yg bakal lahir tapi memandangkan akaun remaja max 50 k boleh juga.. Saya nak tanya Bolehkah dividen dari akaun anak saya dikeluarkan pada bila bila??

      Delete
    4. wsalam. dividen asb akaun remaja..yg tu sy kurang pasti. sebab nak keluarkan duit dari asb bagi akaun remaja, anak kena umur 12 tahun ke atas. blh ajukan soalan kepada staf asb

      Delete
    5. Ok btw tq umi wish

      Delete
  23. Salam. Hai, kalau kita dah ada asb akaun remaja kemudian nak tukar ke akaun dewasa mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa buku asb ting tu ke mana2 ejen asb, mereka akan keluarkan buku akaun asb dewasa secara automatik

      Delete
  24. salam,
    nak tanya jika anak berstatus bumiputera tp bapa bukan rakyat Malaysia, boleh tak buka akaun ASB ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. biasanya bila mak dan ayah berstatus bumiputera anak automatik bumiputera jugak. tapi kalau kes bapa bukan rakyat malaysia, yg tu sy tak pasti, boleh ajukan soalan pd staf asb

      Delete
    2. wsalam. biasanya bila mak dan ayah berstatus bumiputera anak automatik bumiputera jugak. tapi kalau kes bapa bukan rakyat malaysia, yg tu sy tak pasti, boleh ajukan soalan pd staf asb

      Delete
  25. hi sis....is there any acc for non bumi...tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bukan bumiputera (non bumi) boleh melabur untuk senarai pelaburan di bawah. Info lanjut boleh klik link berikut:
      AMANAH SAHAM MALAYSIA
      AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA
      AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
      AMANAH SAHAM GEMILANG

      Delete
  26. kalau utk dewasa bukak akaun asb bayar minima rm 10 ker???cth bkk kat mmyb or cimb

    ReplyDelete
  27. My Life -Harith-
    Ketika awk akaun remaja,awk ada masukkan wang dlm akaun tu ? Saya bertanya sbb saya sudah setahun tak masukkan duit dlm akaun amanah saham didik
    Umi Wish

    ReplyDelete
  28. My Life -Harith-
    Ketika awk akaun remaja,awk ada masukkan wang dlm akaun tu ? Saya bertanya sbb saya sudah setahun tak masukkan duit dlm akaun amanah saham didik
    Umi Wish

    ReplyDelete
  29. akaun masih kekal aktif selagi masih ada duit simpanan dalam akaun tersebut

    ReplyDelete
  30. Kalau takde bapa mcm mana ya? Boleh pakai ic ibu sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk buka akaun asb anak kena bawa salinan ic ibu bapa. tak pasti kalau blh guna ic ibu sahaja, boleh ajukan pertanyaan pada pihak asb

      Delete
  31. Sebelum ni ibubapa saya ada buat buku amanah saham didik utk saya. Boleh tak saya nak tukar ke asb biasa? Hanya perlu bawa buku ke cawangan asb atau mcm mana? Nk ckp mcm mana ya?

    ReplyDelete
  32. saya kurang pasti. boleh bawa buku saham didik tu ke mana2 ejen asb dan tanya pada staf macam mana nak tukar buku saham didik ke asb

    ReplyDelete
  33. Untuk asb anak, boleh x kita masukkan duit bulan2 melalui maybank2u atau cara online transaction?? Cara puan bgmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya topup duit asb anak saya guna maybank2u je tiap2 bulan. mudah dan senang. jimat masa

      Delete
  34. Kalau anak bangsa cina boleh buka acc asb tak?

    ReplyDelete
  35. Kalau anak bangsa cina boleh buka acc asb tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asb hanya untuk kaum bumiputera. untuk kaum lain boleh rujuk senarai unit amanah saham lain di komen ramasamy di atas. ada link disertakan sekali.

      Delete
  36. Kalau dah masukkan duit untuk akaun remaja anak2, kita sebagai penjaga memang tak boleh keluarkan duit ASB tu?? Kena tunggu anak berumur 12 tahun baru boleh keluarkan ke? Maknanya kalau anak umur setahun, kita buka akaun ASB, kena peram je sampai umur dia 12tahun? Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut info yg diberitahu oleh pnb, macam tu la bunyinya. sampai umur anak 12 tahun baru boleh keluarkan duit.

      Delete
  37. Salam..saya ad buku akaun remaja..baru jumpe..so umur saya skrang 23..bole tak kluarkn semua duit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. bawa buku akaun remaja ke cawangan asb, nanti mereka tukarkan buku asb dewasa. boleh keluarkan semua duit asb tu.

      Delete
  38. ha.lbih kurang kes ni.pi asb.kena isi borang mana mcm kes brader ni.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Salam,kat mana boleh saya tukar buku asb remaja saya ye? Saya nak tukar ke buku asb dewasa.

    ReplyDelete
  42. Salam, nak Tanya. Jika knak2 mencapai umur 12 thun, adakah smpanan Hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat ASB ataupun kita boleh ambil kesemua simpanan? Sbab YG saya dengar Hanya boleh wd rm200 sbulan. Tq

    ReplyDelete
  43. Adakah simpanan boleh diambil Seperti withdraw dari simpanan bank biasa setelah anak berumur 12 Tahun? Ataupun perlu mengikut syarat pihak asb dngan Hanya rm200 yang boleh dikeluarkan?

    ReplyDelete
  44. COFFEE ICE: bila anak mencapai umur 12 tahun hanya boleh keluarkan rm200 bagi tempoh seminggu. tak boleh lebih dari nilai itu. itu apa yg saya faham la. perlu mengikuti syarat pihak ASNB.

    ASYRAAF OSMAN: bawa je buku asb remaja tu kat mana2 ejen asnb, diorang akan update buku dewasa secara automatik. tapi kini sistem dah baru, tak perlu pakai buku asb lagi, tapi awak perlu daftar kat portal myasnb. sebelum tu awak kena pergi cawangan ejen asnb untuk kemaskini maklumat nombor telefon, nombor akaun terbaru asnb awak diorang akan berikan utk kegunaan daftar kat portal nanti.

    ReplyDelete
  45. Salam, nak tnya boleh tak sy buka akaun ASB utk anak buah sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh, sebaiknya bawa ibu atau bapa anak tersebut. ataupun jika anda penjaga yang sah, boleh buka akaun asb untuk anak buah

      Delete
  46. Assalamualaikum anak x sah taraf aka luar nikah ble x buka akaun asb

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum anak x sah taraf aka luar nikah ble x buka akaun asb

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. sy kurang pasti. boleh ajukan pertanyaan pd ejen asnb

      Delete
  48. Kalau saya umur 18 tahun dikira akun dewasa atau kanak2 ? Perlu ada ic ibu bapa ke ?

    ReplyDelete
  49. assalam sis. nk tnya, kalau nk buka akaun asb utk anak, kt ruang nama pemohon tu nama siapa, nama anak atau parent?

    ReplyDelete
  50. Dokumen apa yg perlu dibawa utk keluarkan duit dr ac asb anak.

    ReplyDelete
  51. Utk akaun remaja mmg sy sbg penjaga xblh kuarkan duit anak ke? Sbb and skrg bru umo 2thun

    ReplyDelete
  52. Utk akaun remaja mmg sy sbg penjaga xblh kuarkan duit anak ke? Sbb skrg anak umo 2thun

    ReplyDelete
  53. Asalamualaikum..kita simpan duit ASB untuk anak akan ada dividen pada hujung tahun atau pelaburan yg akan d kenakan dividen??

    ReplyDelete
  54. umur anak 2 tahun 2 bulan boleh tak buka asb ne?

    ReplyDelete