Apa kelebihan dan kebaikan pelaburan ASN 2? Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) menjadi tarikan pelabur. Pecahan unit
ASN 2 mendatangkan keuntungan kepada pelabur. Anda sudah melabur dalam ASN 2?
Beruntungnya..
Kebaikan dan kelebihan pelaburan ASN 2 |
Objektif ASN 2
untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapat pulangan
dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang
berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya
dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan surat ikatan, garis panduan dan
undang-undang sekuriti.
Kelebihan Pelaburan ASN 2 Menguntungkan
Agihan pendapatan ASN 2 adalah
kompetitif dan menguntungkan pelaburnya. Pecahan unit ASN 2 yang dilaksanakan
pada 18 Julai 2014 itu merupakan kali pertama sejak tabung itu diperkenalkan
pada 1999, dan juga kali pertama dilaksanakan ASNB untuk produk yang
diuruskannya. Tujuan ASN 2 dilaksanakan untuk membolehkan lebih ramai
pelabur membeli ASN 2 kerana ia boleh dibeli pada harga lebih rendah selepas
langkah berkenaan dilaksanakan.
Pada harga lebih rendah, lebih
ramai pelabur dapat menikmati manfaat daripada pelaburan dalam ASN 2. ASN2 juga
secara konsisten mencatat prestasi lebih baik berbanding penanda arasnya iaitu
FBM100 dan KLIBOR.
Pelabur digalakkan untuk mengambil
peluang membuat pelaburan dalam ASN 2. Pelabur perlu melaburkan semula
agihan pendapatan yang diterima itu untuk memperoleh lebih unit kerana unit
yang terus bertambah akan membantu pelabur memperoleh lebih keuntungan
sekiranya harga seunit meningkat apabila mereka menjual pegangan kelak.
Mengapakah pihak ASNB melaksanakan
pecahan unit untuk ASN 2?
Setakat 30 Jun, 2014, ASN 2 secara
konsisten telah mencatatkan jumlah pulangan tahunan yang menggalakkan
berbanding penanda aras cipta suainya (80% Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 dan
20% Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-Bulan) bagi tempoh 3-tahun, 5-tahun
dan 10-tahun. Pecahan unit juga akan menurunkan nilai aset bersih (NAB) seunit
tabung kepada separuh, menjadikan lebih menarik kepada pelabur-pelabur sedia
ada dan baru.
Siapakah yang layak untuk mendapat
pecahan unit ini?
Pemegang unit yang mengekalkan unit
pelaburan ASN 2 sehingga pada 18 Julai, 2014.
Adakah unit yang dilabur menerusi KWSP
layak menerima pecahan unit ini?
Ya. Setiap unit yang dilabur
menerusi KWSP akan terlibat sama dalam pelaksanaan pecahan unit.
Bilakah tarikh pelaksanaan pecahan unit
ASN 2 ini?
Pelaksaan pecahan unit akan
menggunakan nilai aset bersih (NAB) tabung pada 18 Julai, 2014 dan aktiviti ini
akan dipaparkan pada 19 Julai, 2014 di dalam buku pelaburan para pemegang unit.
Adakah unit-unit yang diperoleh menerusi
pengagihan pendapatan ASN 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 terlibat
dengan pecahan unit?
Hanya unit-unit yang masih kekal
sehingga pada 18 Julai, 2014 sahaja, akan terlibat dengan aktiviti pecahan unit
ini.
Apakah kesan pecahan unit ke atas kadar
pengagihan pendapatan pada tahun-tahun berikutnya?
Kadar pengagihan pendapatan ASN 2
yang bakal diumumkan pada masa hadapan akan disesuaikan selaras dengan aktiviti
pecahan unit ini. Sebagai contoh, jika kemampuan tabung pada masa akan datang
dengan andaian tiada aktiviti pecahan unit adalah sebanyak 6.00 sen seunit,
kadar pengagihan pendapatan akan diselaraskan kepada 3.00 sen seunit sejajar
dengan pecahan unit. Walau bagaimanapun, penyelarasan kadar pengagihan
pendapatan ini tidak akan memberikan kesan berbeza ke atas pulangan pengagihan
(dividend yield) seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah. Oleh yang
demikian, adalah menjadi keutamaan kepada ASNB bagi memastikan prestasi ASN 2
untuk menjana jumlah pulangan (total return) yang kompetitif tercapai seiring
dengan objektif tabung.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan
oleh pemegang unit untuk mengetahui baki jumlah unit selepas pecahan unit
dilaksanakan?
Buku: Kemaskini buku pelaburan Amanah Saham Nasional 2 (ASN
2) di kaunter-kaunter Cawangan ASNB atau ejen-ejen. Pelaburan Menerusi Skim KWSP.
Apakah kebaikan pecahan unit kepada
ASNB?
Pecahan unit akan menggalakkan
langganan ASN 2. Kenaikan unit dalam langganan ini dapat membantu tabung untuk
meningkatkan pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang dilihat berpotensi
memberikan pulangan berpatutan.
Apakah kebaikan ASN 2 kepada pelabur?
Pecahan unit ini akan menyelaraskan
harga NAB seunit tabung. Harga pelarasan ASN 2 yang baru ini menjadikannya
lebih menarik kepada pelabur-pelabur baru dan juga bagi pelabur-pelabur yang
sedia ada untuk meningkatkan pegangan unit mereka di dalam ASN 2. Pelabur-pelabur
juga diharap dapat mengambil peluang ke atas prestasi tabung ASN 2 yang secara
konsisten telah mencatatkan jumlah pulangan tahunan yang menggalakkan
berbanding penanda aras cipta suainya.
Seronoknya ada akaun Amanah Saham
Nasional 2, kelebihan pelaburan ASN 2 menguntungkan pelabur. Moga
perkongsian ini bermanfaat buat anda.
menarik.. tapi akaun simpanan asb juga yg paling menarik untuk saya la..
ReplyDeleteasb lebih menarik berbanding skim asnb yang lain sebab dividen nya lebih tinggi, juga ada pemberian bonus. itu kelebihan pelaburan asb. kan kan...
Delete