Jom menabung ASW 2020! Pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan skim
pelaburan ahli KWSP. Berapa Amanah Saham Wawasan 2020 dividend? Yang tu
kena kemaskini buku pelaburan ASNB kita. Amanah Saham Wawasan 2020 withdrawal
ada dinyatakan seperti di bawah. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan
ASW 2020 boleh layari laman web Amanah Saham Wawasan 2020 online di http://www.asnb.com.my.
Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) |
Objektif Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW
2020)
Untuk memberi kadar pulangan yang
berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio
terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.
Pelabur Sasaran ASW 2020
Pelabur yang memahami risiko dan
pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang
tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan
penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
Kelayakan Memohon ASW 2020
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah
Saham Wawasan 2020:
- Warganegara
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Remaja (ibu bapa atau
penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur
6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara)
Harga ASW 2020 Seunit
RM 1.00
Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit
(Nak buka buku ASW 2020 kena
melabur RM100 paling minimum)
Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
(Nak tambah pelaburan ASW 2020,
tambah duit, paling sikit masukkan RM1 bagi yang guna buku ASW 2020 tu)
KWSP: RM1000
(Untuk KWSP, tambahan pelaburan
paling minimum RM1000)
Pelaburan maksimum ASW 2020
Tiada had, tertakluk kepada
peruntukan saiz tabung.
Buku akaun ASW 2020 |
Bagaimana tentang Amanah Saham Wawasan 2020 withdrawal? Adakah ASW 2020 dikenakan caj
jualan balik? Tiada. Malah tiada juga caj jualan. Pembayaran jualan balik ASW
2020 akan diberikan serta-merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim
Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Ogos iaitu pada
31 Ogos. Pengiraan dividen ASW 2020 akan dilakukan.
Penutupan akaun ASW 2020 dan kelayakan
bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan
tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Wawasan 2020
(ASW 2020) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang
terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah
dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan
tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh
menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.
Dividen ASW 2020 dari tahun 2013 hingga
2015
Tahun berakhir
31 Ogos
|
2013
|
2014
|
2015
|
Kadar pengagihan
pendapatan seunit (sen)
|
6.70
|
6.60
|
6.40
|
Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir
31 Disember
|
2013
|
2014
|
2015
|
Kadar pengagihan
pendapatan seunit (sen)
|
7.70
|
7.50
|
7.25
|
Kalau tengok jadual agihan dividen ASW
2020, ianya menurun sedikit. Tahun lepas, 2015 dividen ASW 2020 diumumkan
sebanyak 6.40 sen seunit. Jika dibandingkan dengan ASB, nilai dividen agak
tinggi/ lebih banyak dari ASW 2020. Di mana dividen ASB pada tahun 2015
diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Untuk info lebih lanjut baca: Skim
Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sambil melabur dalam ASW 2020, jom melabur juga dalam ASB. Untuk tahun 2017, agaknya berapa la agihan dividen
Amanah Saham Wawasan 2020. Kita tunggu pengumuman bulan Ogos akan datang.
Bila date kita boleh buat kemaskini baki wawasan 2020 ye?..
ReplyDeleteMcm mana nak semak baki akaun aswad2020 ni?
ReplyDelete