Jom menabung ASN3! Pelaburan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan
dan skim pelaburan ahli KWSP. Berapa dividen Amanah Saham Nasional 3 Imbang?
Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASN 3 kita. Yang nak tahu lebih
terperinci tentang pelaburan ASN 3 boleh layari laman web Amanah Saham
Nasional 3 Imbang online di http://www.asnb.com.my.
Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) |
Artikel menarik…ketahui:
Amanah Saham Nasional 3 Imbang dividend
history
PNB declares 6.20 sen dividend for Amanah
Saham Nasional 3 Imbang for financial year 2015. While in 2014, PNB announced
6.20 sen dividend for ASN 3.
Objektif Amanah Saham Nasional 3 Imbang
Objektif pelaburan ASN 3 untuk
menjana pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa
panjang menerusi pelaburan dalam portfolio yang seimbang dan melalui pelaburan
semula pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
Pelabur Sasaran Amanah Saham Nasional 3
Imbang
Pelabur yang memahami risiko dan
pulangan pelaburan serta mengharapkan pertumbuhan modal bagi tempoh jangka masa
sederhana ke panjang.
Kelayakan Memohon Amanah Saham Nasional
3 Imbang
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah
Saham Nasional 3 Imbang (ASN3):
- Warganegara
- umur 18 tahun ke atas
Harga Amanah Saham Nasional 3 Imbang
Seunit
Harga Jualan dan belian adalah pada
NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit
Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
KWSP: 1,000 unit
Pelaburan maksimum Amanah Saham Nasional
3 Imbang
Tiada had, tertakluk kepada
peruntukan saiz tabung.
Buku akaun Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) |
Adakah Amanah Saham Nasional 3
Imbang dikenakan caj jualan balik? Tiada. Berapa caj jualan ASN3? 5% dari NAB
Seunit (Bukan KWSP). 3% dari NAB Seunit (KWSP). Pembayaran jualan balik ASN 3
akan diberikan serta-merta kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan
Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. Tahun
kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Disember iaitu pada
30 November. Pengiraan dividen Amanah Saham Nasional 3 Imbang akan dilakukan.
Penutupan akaun ASN 3 dan kelayakan bagi
pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan
tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Nasional 3
Imbang (ASN 3) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang
terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah
dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan
tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh
menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.
Prestasi tabung Amanah Saham Nasional 3
Imbang dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir
30 November
|
2013
|
2014
|
2015
|
Kadar pengagihan
pendapatan seunit (sen)
|
6.40
|
6.20
|
6.20
|
Jumlah pulangan (%)
|
10.86
|
2.21
|
0.05
|
NAB seunit tertinggi (RM)
|
1.2331
|
1.2126
|
1.1839
|
NAB seunit terendah (RM)
|
1.1124
|
1.1582
|
1.0714
|
Agihan dividen Amanah Saham
Nasional 3 Imbang pada tahun 2013 hingga 2015 tidak jauh beza sangat. Tahun
2015 dividen Amanah Saham Nasional 3 Imbang pada nilai RM6.20 seunit. Jumlah
pulangan pelaburan ASN3 tahun 2013 sebanyak 10.86%, tahun 2014 2.21%, manakala
tahun 2015 jumlah pulangan 0.05%. Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la
agihan dividen Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3). Kita tunggu
pengumuman bulan November tahun depan.
No comments:
Post a Comment