Ads GA Leaderhead

Amanah Saham Nasional (ASN)

Jom menabung ASN! Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan sijil. Berapa dividen Amanah Saham Nasional? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASN kita. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASN boleh layari laman web Amanah Saham Nasional online di http://www.asnb.com.my. 

amanah saham nasional (asn), amanah saham nasional online, amanah saham nasional dividen, amanah saham nasional dividend history, harga semasa amanah saham nasional, amanah saham nasional price
Amanah Saham Nasional (ASN)
Amanah Saham Nasional dividend history
PNB declares 6.10 sen dividend for Amanah Saham Nasional for financial year 2015. While in 2014, PNB announced 6.45 sen dividend for ASN.

Harga semasa Amanah Saham Nasional
ASN telah bermula pada tahun 1981 lagi dan terbuka kepada semua bumiputera Malaysia untuk melabur. ASN merupakan Saham Amanah bersifat equity fund yang pada asalnya nilainya ditetapkan RM1.00 seunit sama seperti ASB dan ASW2020 pada masa ini. Walau bagaimanapun pada tahun 1991 saham ASN telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dengan saiz dana sebanyak 2.5 bilion unit telah ditawarkan.

Di bawah ini merupakan rekod pembayaran dividen ASN sepanjang tempoh 10 tahun yang lepas oleh PNB dari tahun 1999-2009. Satu kelebihan penting yang wujud pada diri ASN ialah ia merupakan saham amanah yang mempunyai pertumbuhan modal (capital growth), tidak seperti ASB, AS1M atau ASW yang bernilai tetap.

DIVIDEN AMANAH SAHAM NASIONAL
Tahun
Dividen ASN (sen seunit)
1999
8.25
2000
8.0
2001
5.0
2002
5.0
2003
5.3
2004
5.6
2005
5.5
2006
5.5
2007
6.25
2008
5.5
2009
5.2
2010
6.0
2011
6.05
2012
6.30

So, average dividen ASN dari tahun 1999-2012 ialah 6.0 SEN SEUNIT (Amanah Saham Nasional price). Sangat menarik bukan? Selain unit ASN ini ada capital growth.

Objektif Amanah Saham Nasional
Objektif pelaburan ASN bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.

Pelabur Sasaran Amanah Saham Nasional
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang.

Kelayakan Memohon Amanah Saham Nasional
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Nasional (ASN):
- Bumiputera
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara)

Harga Amanah Saham Nasional Seunit
Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 10 unit

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
Sijil: gandaan 1,000 unit

Pelaburan maksimum Amanah Saham Nasional
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.

Amanah Saham Nasional (ASN), amanah saham nasional (asn), amanah saham nasional online, amanah saham nasional dividen, amanah saham nasional dividend history, harga semasa amanah saham nasional, amanah saham nasional price
Buku akaun Amanah Saham Nasional (ASN)

Adakah Amanah Saham Nasional dikenakan caj jualan balik? Tiada. Berapa caj jualan ASN? 5% dari NAB seunit. Pembayaran jualan balik ASN akan diberikan serta-merta. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Disember iaitu pada 31 Disember. Pengiraan dividen Amanah Saham Nasional akan dilakukan.

Penutupan akaun ASN dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Nasional (ASN) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi tabung Amanah Saham Nasional dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 31 Disember  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.45
6.45
6.10
Jumlah pulangan (%)
11.36
-5.11
-3.73
NAB seunit tertinggi (RM)
0.9391
0.8977
0.8098
NAB seunit terendah (RM)
0.8225
0.7981
0.6787

Agihan dividen Amanah Saham Nasional pada tahun 2013 dan 2014 pada kadar yang sama iaitu RM6.45 seunit, manakala tahun 2015 dividen Amanah Saham Nasional pada nilai RM6.10 seunit. Jumlah pulangan pelaburan ASN tahun 2013 sebanyak 11.36%, tahun 2014 -5.11%, manakala tahun 2015 jumlah pulangan -3.73%.

Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Nasional (ASN). Kita tunggu pengumuman bulan Disember tahun depan.

No comments:

Post a Comment