Amanah Saham Gemilang (ASG)

Jom menabung ASG! Pelaburan Amanah Saham Gemilang (ASG) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan skim pelaburan ahli KWSP. Berapa dividen Amanah Saham Gemilang? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASG kita. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASG boleh layari laman web Amanah Saham Gemilang online di http://www.asnb.com.my. 

amanah saham gemilang (asg), amanah saham gemilang online, amanah saham gemilang dividen, 3 tabung dalam amanah saham gemilang, amanah saham pendidikan (asg - pendidikan), amanah saham kesihatan (asg - kesihatan), amanah saham persaraan (asg - persaraan)
Amanah Saham Gemilang (ASG)
 Amanah Saham Gemilang mula dilancarkan pada 17 Mac 2003.

Artikel menarik…ketahui:

Terdapat 3 tabung dalam Amanah Saham Gemilang antaranya:
1. AMANAH SAHAM PENDIDIKAN (ASG - Pendidikan)
2. AMANAH SAHAM KESIHATAN (ASG - Kesihatan)
3. AMANAH SAHAM PERSARAAN (ASG - Persaraan)

1. AMANAH SAHAM PENDIDIKAN (ASG - Pendidikan)
Objektif Amanah Saham Pendidikan
Menyediakan peluang pelaburan yang menjana pertumbuhan dan pulangan jangka panjang yang berpatutan bagi memenuhi sebahagian atau kesemua keperluan kecairan berkala pemegang-pemegang unit dan membolehkan mereka memenuhi keperluan perancangan kewangan untuk pendidikan mereka dan /atau anak-anak dan /atau individu di bawah jagaan mereka.

Kategori Amanah Saham Pendidikan
Sekuriti pendapatan tetap dan lain-lain instrumen pasaran

Pelabur Sasaran Amanah Saham Pendidikan
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangksa masa panjang dan mementingkan keperluan kewangan untuk pendidikan.

2. AMANAH SAHAM KESIHATAN (ASG - Kesihatan)
Objektif Amanah Saham Kesihatan
Menyediakan peluang pelaburan yang menjana pertumbuhan dan pulangan jangka panjang yang berpatutan bagi memenuhi sebahagian atau kesemua keperluan kecairan segera untuk membolehkan pemegang-pemegang unit menampung keperluan perbelanjaan kesihatan secara berterusan bagi diri mereka dan /atau anak-anak dan /atau individu di bawah jagaan mereka.

Kategori Amanah Saham Kesihatan
Ekuiti

Pelabur Sasaran Amanah Saham Kesihatan
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangksa masa panjang dan mementingkan keperluan kewangan untuk perbelanjaan kesihatan.

3. AMANAH SAHAM PERSARAAN (ASG - Persaraan)
Objektif Amanah Saham Persaraan
Menyediakan peluang pelaburan yang menjana pertumbuhan dan pulangan jangka panjang yang berpatutan dan pengaliran pendapatan yang stabil untuk membolehkan pemegang-pemegang unit dan /atau anak-anak dan /atau individu di bawah jagaan mereka memenuhi sebahagian atau kesemua keperluan persaraan mereka.

Kategori Amanah Saham Persaraan
Sekuriti pendapatan tetap dan lain-lain instrumen pasaran

Pelabur Sasaran Amanah Saham Persaraan
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangksa masa panjang dan mementingkan keperluan persaraan.

Kelayakan Memohon Amanah Saham Gemilang
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Gemilang (ASG):
- Warganegara
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (18 tahun ke atas sebagai penjaga untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas dan 18 tahun ke bawah)

Harga Amanah Saham Gemilang Seunit
Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
KWSP: 1,000 unit

Pelaburan maksimum Amanah Saham Gemilang
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.

Buku akaun Amanah Saham Gemilang (ASG), amanah saham gemilang (asg), amanah saham gemilang online, amanah saham gemilang dividen, 3 tabung dalam amanah saham gemilang, amanah saham pendidikan (asg - pendidikan), amanah saham kesihatan (asg - kesihatan), amanah saham persaraan (asg - persaraan)
Buku akaun Amanah Saham Gemilang (ASG)
Adakah Amanah Saham Gemilang dikenakan caj jualan balik? Tiada. Berapa caj jualan ASG? 5% dari NAB Seunit (Bukan KWSP). 3% dari NAB Seunit (KWSP). Pembayaran jualan balik ASG akan diberikan serta-merta kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Disember iaitu pada 31 Mac. Pengiraan dividen Amanah Saham Gemilang akan dilakukan.

Penutupan akaun ASG dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Gemilang (ASG) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

PRESTASI 3 TABUNG AMANAH SAHAM GEMILANG
Prestasi tabung Amanah Saham Pendidikan dari tahun 2014 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Mac  
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.10
7.10
6.00
Jumlah pulangan (%)
9.39
2.41
-2.48
NAB seunit tertinggi (RM)
1.1490
1.1079
1.0499
NAB seunit terendah (RM)
1.0477
1.0200
0.9395

Prestasi tabung Amanah Saham Kesihatan dari tahun 2014 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Mac  
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.20
7.20
7.00
Jumlah pulangan (%)
11.14
2.07
-2.77
NAB seunit tertinggi (RM)
1.2220
1.1840
1.1222
NAB seunit terendah (RM)
1.0747
1.0968
0.9937

Prestasi tabung Amanah Saham Persaraan dari tahun 2014 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Mac  
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.05
7.05
6.80
Jumlah pulangan (%)
8.75
3.19
-0.88
NAB seunit tertinggi (RM)
1.2986
1.2628
1.2135
NAB seunit terendah (RM)
1.1932
1.1856
1.1129

Jumlah pulangan pelaburan Amanah Saham Gemilang tahun 2016 bagi tabung Amanah Saham PENDIDIKAN ialah -2.48%, tabung Amanah Saham KESIHATAN ialah -2.77%, manakala tabung Amanah Saham PERSARAAN ialah -0.88%.

Agihan dividen Amanah Saham Gemilang tahun 2016 bagi tabung Amanah Saham PENDIDIKAN ialah 6.00 sen seunit, tabung Amanah Saham KESIHATAN ialah 7.00 sen seunit, manakala tabung Amanah Saham PERSARAAN ialah 6.80 sen seunit. Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Gemilang (ASG). Kita tunggu pengumuman bulan Mac tahun depan.

1 comment:

  1. Lepas sepuluh tahun boleh tolak balik tak... asg ni interest die 4.8% lahh...

    ReplyDelete