Pengambilan Murid Sekolah Seni Malaysia

Permohonan Pengambilan Murid Tingkatan Satu Ke Sekolah Seni Malaysia | Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid Sekolah Seni Malaysia hanyalah ke Tingkatan 1 sahajaTIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

permohonan pengambilan murid tingkatan satu ke sekolah seni malaysia, cara buat permohonan pendaftaran sekolah seni malaysia, syarat kemasukan sekolah seni malaysia
Pengambilan murid Sekolah Seni Malaysia

Cara Buat Permohonan Pendaftaran Sekolah Seni Malaysia
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.

Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon sebagai calon walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).

Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia
Warganegara Malaysia
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian  yang dipohon
(Muzik , Tari, Teater  atau Seni Visual)
Tiada kecacatan
Lulus Sesi Serlahan Seni
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Jumlah Pengambilan Murid Sekolah Seni Malaysia
SSeM
Bidang yang ditawarkan
Jumlah pengambilan
SSeM Johor Bahru (SSeMJB)
Muzik, Tari, Teater
dan Seni Visual
75 orang
SSeM Kuching, Sarawak (SSeMKS)
85 orang
SSeM Kuala Lumpur (SSeMKL)
Muzik sahaja
60 orang

Jumlah Murid Dalam 1 Kelas Sekolah Seni Malaysia
Bilangan murid yang boleh diterima bagi sesuatu mata pelajaran amat bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Namun untuk menjamin keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran, SSeM dicadangkan menerima maksimum 25 orang murid bagi kelas satu mata pelajaran: (pertambahan kelas Sekolah Seni Malaysia adalah tertakluk kepada perancangan fizikal).

Buat ibu bapa yang nak daftarkan anak mereka masuk SSeM, kena alert pengumuman pengambilan murid Sekolah Seni Malaysia. Sebab ianya diberikan tempoh tertentu untuk buat permohonan. Moga semuanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment