Kadar
Dividen ASB 2015 dan Bonus ASB | ASNB umum
agihan pendapatan ASB 7.25 sen seunit, ye dividen ASB untuk tahun 2015 ni hanya
jumlah tu je. Menurun dari dividen ASB tahun lepas (2014) sebanyak 25 sen.
Bonus ASB pun sama, menurun beb! Turun 50 sen! Ramai yang kecewa dengan
pengumuman dividen dan bonus ASB tahun 2015 ni.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah
mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen ASB sebanyak 7.25 sen seunit serta
bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pengumuman dividen ASB 2015 tarikh keluar diwar-warkan pada 29 Disember 2015.
Risiko pelaburan ASB rendah jadi tidak timbul
kenapa turun banyak tapi agihan yang ini cukup tinggi dan agihan ini
berpatutan. Kita sentiasa berhati-hati dan cuba untuk kekal mapan. - Pengerusi
PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Beza
dividen ASB dan bonus ASB tahun 2015 - 2014
Tahun kewangan berakhir
31 Disember
|
DIVIDEN + BONUS
(sen/unit)
|
2015
|
7.25 + 0.50
|
2014
|
7.50 + 1.00
|
Agihan dividen ASB 7.25 sen seunit dan bonus ASB 0.50 sen untuk tahun 2015 ni akan dibayar ke dalam akaun pemegang ASB yang berjumlah 8.87 juta orang.
Kelebihan ada buku ASB Ting: menyimpan sambil melabur! |
Bila
boleh kemas kini buku ting ASB? Pengagihan
keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang ASB secara
automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan
berdekatan bermula 4 Januari 2015.
Keuntungan dividen dan bonus ASB punca rakyat Malaysia daftar akaun ASB |
Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB
atau cawangan digantung bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi
membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan. Nak cepat,
boleh buat sendiri pengiraan dividen ASB dan bonus ASB 2015.
Kisah bonus dan dividen lagi..
No comments:
Post a Comment