Jom daftar anak ke Tabika Kemas! Hebahan buat semua, pendaftaran
kanak-kanak ke Tabika Kemas tahun 2017 kini dibuka. Dapatkan borang pendaftaran dan permohonan kemasukan
Tabika Kemas di sini. Berikut merupakan panduan cara buat permohonan
kemasukan anak ke sekolah tadika.
Borang permohonan dan pendaftaran Tabika Kemas |
Syarat-Syarat Kemasukan Ke
Tabika Kemas Tahun 2017
1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia
sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
(Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2017 akan
dibuka mulai Jun hingga Oktober 2016.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal
Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika
KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad
iaitu seramai 25 orang sahaja.
6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta
dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang
berdekatan.
7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan
surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan
dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2016.
Dokumen yang perlu dibawa
semasa pendaftaran Tabika Kemas:
1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. 2 keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak.
(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Borang Pendaftaran
Kanak-Kanak Tabika Kemas Tahun 2017
Isi maklumat yang terdapat pada borang permohonan Tabika Kemas
selengkapnya. Borang tersebut boleh di muat turun/ download di sini: BORANG
PENDAFTARAN TABIKA KEMAS
Panduan Mengisi Borang
Pendaftaran Kanak-Kanak Tabika Kemas Untuk Ibu / Bapa / Penjaga
1. Borang ini perlu diisi oleh ibu / bapa / penjaga
kanak-kanak yang ingin mendaftarkan
anak di Tabika KEMAS
2. Ibu / bapa / penjaga dikehendaki mengisi Bahagian A, B, C
(a) dan D.
3. Bagi pengesahan pendapatan, perlu disertakan satu (1)
salinan Penyata Gaji yang disahkan oleh majikan. Bagi yang tiada penyata, perlu
pengakuan pendapatan yang
disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan &
Profesional, Penghulu,
Ketua Kampung, Pemanca dan yang setaraf dengannya. (Bahagian
C Ruangan (b))
4. Sila sertakan juga satu (1) salinan dokumen Sijil Lahir,
Kad Pengenalan ibu / bapa / penjaga (jika berkenaan)
5. Sila tandakan ( / ) pada kotak ( ) berkaitan.
6. Borang beserta dokumen lengkap dan ringkasan senarai nama
perlu diisi dalam dua (2) salinan.
7. Permohonan ini akan TERBATAL dengan sendirinya sekiranya
butiran yang diberikan tidak lengkap atau tidak benar.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Tadika Kemas JKM |
Berapa Bayaran Yuran Bulanan Tabika Kemas
Ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu berapa caj yuran Tabika. Berikut rujukan yang
diperoleh dari website KEMAS.
Ibu bapa/penjaga perlu membayar 2 jenis bayaran iaitu:
1. Yuran pendaftaran sebanyak RM10 bagi membiayai insurans
kanak-kanak dan sebagai komitmen ibu bapa menghantar anaknya hadir belajar di
Tabika KEMAS.
2. Sumbangan ibu bapa sebanyak RM10 hingga RM25 mengikut
persetujuan jawatankuasa bagi membiayai perkara-perkara berikut:
- Elaun Pembantu Pemaju Masyarakat (sukarela)
- Sewaan bangunan
- Bayaran utiliti
- Aktiviti kokurikulum yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa
dan masyarakat
Sumbangan ini dikutip sehingga kerajaan membiayai
perkara-perkara tersebut di atas.
Moga perkongsian borang
pendaftaran dan permohonan kemasukan Tabika Kemas memberi manfaat buat
anda. Jangan lupa daftar anak masuk tadika. Pendaftaran kanak-kanak Tabika KEMAS
ini akan bermula dari bulan Jun hingga Oktober 2016. Manakala keputusan
permohonan Tabika boleh disemak pada bulan November 2016. Semoga anak anda
berjaya daftar dan masuk Tabika Kemas.
Akhirnya dapat pun info...tq writer utk info ni..da lama nak tau cmne nk anto anak p kemas ni..
ReplyDeleteselamat mengisi borang permohonan anak masuk tabika kemas
Deletekalau prasekolah selalunye dalam bajet berapa mase daftar dan segala bayaran kena bayar??mohon jelaskan..
ReplyDeleteuntuk prasekolah saya tak pasti yuran dia berapa
Deletejika hantar permohonan masih dalam tempoh diberikan,inshaallah permohonan ke tabika kemas akan diproses
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagaimana cara utk saya contact tabika kemas ibnu sina sri andalas?
ReplyDeletemaaf saya pun kurang tahu cara contact tabika kemas ibnu sina sri andalas. tadi saya ada google, tak keluar pulak details dia
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetadika kemas area taman scientex pasir gudang johor boleh bagi alamat
ReplyDeleteSy dpt info yuran pendaftran prtame tabika kemas sbyk RM80 dn bln rm20..btol ker??bleh tlg bg jwpan yg tepat x.
ReplyDeleteSy dpt info yuran pendaftran prtame tabika kemas sbyk RM80 dn bln rm20..btol ker??bleh tlg bg jwpan yg tepat x.
ReplyDeleteSy last minit bru ambil borang dan daftar untk ank untk thn 2017...
ReplyDeleteSaya daftar anak tadika kemas..bayaran rm120 dikenakan.pendaftaran termasuk yuran bln jan and feb..dan baju uniform.selebihnya sy xpasti sbb dia details breakdown...bulanan rm30..
ReplyDeletemaaf nak Tanya..saya baru pindah ingin mohon daftar anak 6tahun ditadika kemas kota putri masai/kemas taman megahria masai..sapa bole tolong bantu saya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekemasukan ke tadika kemas memerlukan syart2 kelayakan gaji ibu bapa ke?..
ReplyDeletehurmmm ... apa2 pon x tahu .tahu2 tgk kwn2 hantar ank yg sebaya kat taska kemas .mcm rugi plak sbb kat situ dah boleh jimat dr taska swasta
ReplyDeletesaya perlukan batuan utk menolong seorang kanak2 mendaftar di tadika kemas flat ppr taman muhibbah..kanak2 ni dtg dr keluarga yg susah sy cuba nak bantu utk daftarkan sekolah dia..masaalah sekarang pendaftaran dia baru nak buat dan kebykan tadika kemas dah penuh..tolong dan bantu la sy utk kanak2 ni..mesti ada cara dipermudahkn hanya utk anak ini..kesian kehidupan anak ini..selalu dlm keadaan terbiar..
ReplyDeletekemas memang cepat penuh kalau dah cukup kuota, cepat je penuh. harap ada yang sudi suarakan cara membantu kanak2 ni
DeleteKalau saya nak daftar kan anak saya yang berumur 3 tahun boleh kee?? Sebab anak saya hari2 mintak nak ke sekolah...dan dia suka bergaul dengan kawan2...saya area kota damansara
ReplyDeletesesiapa boleh tolong bagi senarai tabika kemas kawasan hulu kelang? saya tinggal di sungai sering
ReplyDeletemacam mana kita nak tahu anak kita diterima masuk tadika . dapat surat atau cikgu sms?
ReplyDelete