Kata-kata ucapan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 yang
ke-59. Selamat Hari Merdeka semua! Hari Kebangsaan yang kita tunggu-tunggu setiap
kali menjelang 31 Ogos. Pasti terasa meriah sambutan Hari Kemerdekaan
tahun ni. Apatah lagi, anak-anak kita yang buat sambutan Hari Kemerdekaan di
sekolah. Hmm macam-macam aktiviti dilakukan.
Aura merdeka bakal merasuk
anda!! Lihat:
2. Mari
Berjiwang! Dedikasi Untuk
ANDA Di Hari Kemerdekaan Malaysia
Beli bendera
kecil dan kibarkan bersama rakan-rakan di kelas. Mesti seronok. Terasa meriahnya.
Secara tak langsung, murid-murid mendapat kebaikan
menyambut Hari Kemerdekaan. Bagaimana? Menerusi pergaulan mesra sesama rakan,
merapatkan persahabatan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
See,
banyak kepentingan menyambut Hari
Kemerdekaan. Boleh sumbangkan banyak idea dalam karangan menyambut Hari
Kemerdekaan yang bakal mereka garapkan kelak. Jom lihat apa kata ucapan
sempena sambutan Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 kali ke-59 |
Artikel
menarik:
Ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi tahun ini kita berpeluang lagi menikmati kebebasan,
ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dan dapat menghirup udara
segar dengan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai.
Terima
kasih pada barisan ketenteraan yang sentiasa berkhidmatan untuk kemanan negara,
juga pada pihak polis yang membuat rondaan untuk membanteras jenayah setiap
masa. Tak lupa pada pengorbanan pejuang negara yang telah terkorban, demi
mempertahankan Malaysia menjadi negara berdaulat.
Dan
kita pula pada hari ini, sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada orang susah,
orang kaya, harus sama-sama menghargai kedamaian negara sendiri. Menghormati
orang lain, tidak pentingkan diri sendiri, sentiasa bertolak ansur, jika
prinsip ini kita amalkan sampai bila-bila, pasti keharmonian negara kita
terjaga, perpaduan menjadi erat.
Selari
dengan tema sambutan Merdeka 2016 iaitu Sehati Sejiwa, setiap rakyat harus bersatu padu dan jangan berpecah
belah. Bila negara aman, rakyat dapat hidup dengan makmur. Hari Kebangsaan itu
sendiri mengajar kita betapa bertuahnya kita lahir-lahir sahaja hidup di bumi
yang sudah merdeka, tanpa penjajahan, tanpa hidup dalam ketakutan. Jadi,
sentiasa la kita terapkan dalam diri kita agar menghargai keamanan seperti hari
ini.
Selamat
Hari Merdeka ye. Adik-adik yang tengah bercuti tu, haa..tengok tv acara perbarisan
dan perarakan Hari Kebangsaan kat rumah. Ada kereta berhias yang besar-besar
tu. Cantik tau!
Sambil
baca ucapan selamat menyambut Hari
Kemerdekaan Malaysia, marilah kita sematkan nilai patriotik dalam diri
kita. Saya sayang Malaysia! Malaysia tanah air tercinta.
Merdeka ke?
ReplyDeleteCukup ke 59 tahun? Ad lagi ke yg ke 60 tahun?
Selamatkan malaysia, malaysia x lagi merdeka, rakyat malaysia x lagi bebas, rakyat malaysia sudah terikat , rakyat malaysia sudah dijajah tanpa disedari.
Org ramai hari ini kebanyakan xpeduli pasal negara merdeka, org sudah selesa dengan apa yang ad,ramai org sibuk dengan kehidupan masing2. Terlalu menjaga kepentingan2 sendiri, tidak peduli nasib org lain, ramai org x peduli nasib negara. Sekarang Yang betul dikatakan salah, yang salah dikatakn betul. Ad rakyat malaysia malu dengan negara sendiri bila berada ditempat org. Malaysia dulu dipandang tinggi oleh orang luar, sekarang malaysia dipandang teruk oleh org luar.
Mana hilang semangat sayang akan negara, mana hilang perpaduan rakyat malaysia, mana hilang rasa bangga kepada malaysia?
Terima kasih pejuang2 kemerdekaan, terima kasih pihak tentera dan keselamatan malaysia yg memastikan keselamatan dan keamanan malaysia
Selamat hari kemerdekaan malaysia.
-rakyat malaysia
relek2, jangan campur adukkan parti politik gan kerajaan.
Delete