Cara Install & Guna Aplikasi MySekolah Di Android

Sistem aplikasi PEPATIH MySekolah telah diperkenalkan. Ibu bapa pastinya teruja nak pasang aplikasi MySekolah ni kat handphone masing-masing. Nak tahu bagaimana nak guna aplikasi MySekolah di android telefon pintar mereka. Berikut merupakan cara install aplikasi MySekolah di smartphone anda.

cara pasang (install) aplikasi mysekolah melalui android, panduan cara muat turun / download aplikasi pepatih my sekolah di handphone, cara guna aplikasi pepatih mysekolah
Aplikasi PEPATIH MySekolah
Cara Pasang (Install) Aplikasi MySekolah Melalui Android
Ikuti langkah di bawah untuk muat turun / download dan install aplikasi PEPATIH My Sekolah:
1. Buka Google Play Store di handphone anda
2. Taip perkataan MySekolah di bahagian search. Atau pun boleh terus klik sini: MUAT TURUN APLIKASI MYSEKOLAH
3. Paparan PEPATIH MySekolah akan keluar. Klik pada PEPATIH MySekolah
4. Klik install dan tunggu sehingga habis install
5. Kini handphone anda sudah ada aplikasi MySekolah. Selepas proses install tamat, Klik Open untuk buka aplikasi MySekolah
6. Jika anda belum pernah menggunakan aplikasi MySekolah, klik pada butang Daftar untuk mendaftar. Jika anda pernah mendaftar, anda boleh terus log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
7. CARA DAFTAR PEPATIH MYSEKOLAH: Masukkan maklumat selengkapnya merangkumi nombor kad pengenalan, nama, emel, nombor handphone dan kata laluan
8. Tutup dan buka semula aplikasi MySekolah dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan tadi

Panduan cara install dan guna aplikasi MySekolah ni boleh digunapakai oleh semua pengguna termasuk guru, guru kelas, gpk, guru besar/pengetua, penjaga, ibu bapa. Banyak manfaat dan kebaikan guna sistem aplikasi MySekolah ni. Antaranya..ni haa: fungsi aplikasi PEPATIH MySekolah supaya ibu bapa dan penjaga boleh menerima notifikasi kehadiran anak dan melihat rekod kedatangan anak selama setahun. Memantau perkembangan anak di sekolah. Ibu bapa yang prihatin, sentiasa mengambil berat pasal anak. Kannn..


Artikel bestnya kalau ada aplikasi MySekolah:

No comments:

Post a Comment