Pastinya ramai yang ingin tahu apa
beza simpanan konvensional KWSP dan simpanan shariah KWSP (simpanan syariah).
Macam mana nak tahu simpanan KWSP kita tu jenis konvensional atau shariah. Sekarang
ini, ramai pekerja yang menukar simpanan KWSP mereka dari konvensional ke
shariah. Pendaftaran simpanan shariah bermula 8 Ogos 2016 dan apa yang
menariknya KWSP yakin simpanan shariah beri dividen yang baik.
Perbezaan Simpanan Konvensional Dan Shariah KWSP |
SIMPANAN KONVENSIONAL
|
SIMPANAN SHARIAH
|
|
KEAHLIAN
|
Terbuka kepada semua yang wajib dan layak mencarum tanpa mengira agama,
bangsa dan status warganegara
|
|
AKAD
|
Tidak tertakluk kepada sebarang akad
|
Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah
|
KADAR
DIVIDEN
|
Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan
konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah).
|
Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh
Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum
|
PERAKUAN
JAWATANKUASA PENASIHAT SHARIAH (JKPS)
|
Tidak tertakluk kepada perakuan JKPS
|
Diperakukan oleh JKPS
|
PERTUKARAN
AKAUN
|
Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
|
Ahli tidak boleh untuk memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas
tarikh kuat kuasa
|
SIMPANAN KWSP KONVENSIONAL
|
SIMPANAN KWSP SHARIAH
|
|
PENDAFTARAN
|
Pendaftaran secara:
Mel
|
Pendaftaran di kaunter KWSP sahaja
|
CARUMAN
|
Proses berkaitan caruman sedia ada kekal dan majikan tidak perlu
membuat pembayaran caruman secara berasingan bagi pekerja yang memilih
Simpanan Shariah.
|
|
PENGUATKUASAAN
|
Majikan yang lewat membayar caruman samada pekerja-pekerjanya memilih
Simpanan Shariah atau tidak akan dikenakan:
Sebelum ada kadar dividen Simpanan Shariah, kadar dividen KWSP yang
diisytiharkan bagi setiap tahun berkenaan hendaklah dirujuk bagi pengiraan
caj lewat bayar dan dividen
|
|
PENGELUARAN
|
Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal
|
Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di
mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah yang
diluluskan oleh KWSP
|
PELABURAN
|
Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus
(ESG).
|
Pelaburan berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus
(ESG) dan prinsip Syariah.
|
Persamaan simpanan konvensional
KWSP dan simpanan shariah KWSP adalah keahlian terbuka kepada semua, yakni
semua boleh masuk tanpa mengira agama, bangsa, warganegara. Selepas simpanan shariah
diperkenalkan, ramai di kalangan India dan Cina turut memilih untuk mendaftar simpanan
shariah KWSP.
Menerusi simpanan shariah, tiada kadar
dividen minimum dikenakan kerana ianya berdasarkan prestasi sebenar pelaburan
patuh Syariah. Bagi pekerja yang ingin menukar akaun KWSP mereka bolehlah
memilih untuk bertukar ke simpanan shariah bermula sekarang.
Moga perkongsian perbezaan
simpanan konvensional dan shariah KWSP membantu anda memahami mana satu
pelaburan yang anda nak pilih. Mencari yang halal itu wajib, ramai yang memilih
untuk mendaftar simpanan KWSP shariah. Anda pula bagaimana?
Artikel menarik:
No comments:
Post a Comment