Apakah perbezaan di antara Simpanan
Shariah yang ditawarkan oleh KWSP berbanding Tabung Haji? Dari
segi konsep, Simpanan Shariah KWSP dan akaun Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama di
mana pengoperasian serta pelaburan akaunnya adalah tertakluk kepada prinsip Syariah
serta berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Syariah
masing-masing.
Perbezaan Simpanan Shariah KWSP & Tabung Haji |
Artikel menarik:
Walau bagaimanapun, KWSP dan Tabung
Haji (TH) mempunyai objektif penubuhan yang berbeza. Peranan Tabung Haji (TH)
adalah sebagai pengelola dana jemaah haji Malaysia yang bertanggungjawab
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada jemaah haji serta mengurus
simpanan pendeposit.
Manakala KWSP ditubuhkan untuk
mengurus simpanan persaraan ahli bagi menyediakan faedah persaraan. Setiap dana
mempunyai perbezaan dari segi objektif, strategi dan risiko, oleh itu
perbandingan terus ke atas kadar dividen Simpanan Shariah dengan dana-dana yang
lain adalah tidak bersesuaian.
Nampak ada sedikit persamaan dan perbezaan
Simpanan Shariah KWSP dan Tabung Haji. Sama dari segi di bawah prinsip
syariah, berbeza dari segi objektif kedua-duanya. Kini, ramai yang memilih
Simpanan Shariah sebagai akaun KWSP mereka.
No comments:
Post a Comment