Ads GA Leaderhead

Lagu Hari Malaysia: Nyalakan Tekad

Lagu sambutan Hari Malaysia: Nyalakan Tekad. Jom sama-sama nyanyi lagu patriotik Malaysia - Nyalakan Tekad. Hayati lirik lagu Nyalakan Tekad, menyampaikan mesej bermanfaat buat kita semua. Happy Malaysia Day.. Jom bersatu padu! Sehati Sejiwa! Selamat menyambut Hari Malaysia!


Lirik Lagu Nyalakan Tekad

Nyalakan Azam Membumbung
Padukan Tekad Dan Waja
Songsongi Ombak Bergulung
Menuju Ke Pulau Cita

Setitis Jadikan Laut
Sekepal Jadikan Gunung
Namamu Kelak Disebut
Jasamu Kelak Disanjung

Nyalakan Tekad Di Hujung Cita
Sama Muafakat Ke Puncak Jaya
Sembah Setia Sepenuh Jiwa
Untuk Nusa Dan Negara

Kan Megah Langit Dijunjung
Rela Bumi Nan Dipijak
Kan Megah Ibu Mengandung
Putera Puterinya Berjasa

Menyuntik rasa cintakan negara setiap kali dengar lagu ni.. Lagu Hari Malaysia: Nyalakan Tekad. Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua.. Orang Melayu, orang Cina, orang India, kaum bumiputera, kita semua rakyat Malaysia! Mari kita bersatu hati menuju kejayaan, mengutamakan perpaduan. 16 September hari istimewa untuk negara kita. Happy Malaysia Day!

No comments:

Post a Comment