Ads GA Leaderhead

Lagu Hari Malaysia: Malaysiaku Gemilang

Lagu sambutan Hari Malaysia: Malaysiaku Gemilang. Jom sama-sama nyanyi lagu patriotik Malaysia - Malaysiaku Gemilang. Hayati lirik lagu Malaysiaku Gemilang, menyampaikan mesej bermanfaat buat kita semua. Happy Malaysia Day.. Jom bersatu padu! Sehati Sejiwa! Selamat menyambut Hari Malaysia!


Lirik Lagu Malaysiaku Gemilang

Marilah Kita Semua
Atas Nama Negara Bangsa
Dengan Tekad Mulia
Maju Berwawasan
Mencipta Keagungan

Berpadulah Kita Semua
Di Dalam Satu Suara
Dengan Degupan Merdeka
Menjulang Budaya Bangsa
Untuk Malaysia Tercinta

Malaysiaku Gemilang
Merdekanya Terbilang
Berdaulat Dan Makmur
Berjaya Kami Syukur

Malaysia.. Kebebasan Kedamaian
Malaysia.. Kebahagiaan Kebanggaan
Malaysia.. Cemerlang Terbilang
Malaysiaku Gagah Gemilang

Menyuntik rasa cintakan negara setiap kali dengar lagu ni.. Lagu Hari Malaysia: Malaysiaku Gemilang. Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua.. Orang Melayu, orang Cina, orang India, kaum bumiputera, kita semua rakyat Malaysia! Mari kita bersatu hati menuju kejayaan, mengutamakan perpaduan. 16 September hari istimewa untuk negara kita. Happy Malaysia Day!

2 comments: