Pantun Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Pantun sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59: Pantun Merdeka 2016. Pantun yang digubah istimewa buat semua rakyat Malaysia. Ada pantun Merdeka 2 kerat, ada pantun kemerdekaan 4 kerat, pantun pahlawan kemerdekaan. Kisah pengobanan pejuang negara menyuntik rasa semangat cintakan Malaysia, moga dengan adanya pantun kemerdekaan negara ni menyuntik rasa patriotik dalam diri kita.

Pantun Sempena Hari merdeka, pantun sempena hari kemerdekaan, pantun merdeka 2016, pantun kemerdekaan 2016,  pantun kemerdekaan negara, pantun tentang kemerdekaan, pantun kemerdekaan 4 kerat, pantun merdeka 2 kerat, pantun pahlawan kemerdekaan
Pantun Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Artikel menarik:

Pantun Kemerdekaan 4 Kerat
Baris 4 kerat pantun kemerdekaan negara:

Orang kita suka join peraduan,
Menang atau tidak itu rahsia,
Utamakan muhibah dan perpaduan,
Sehati sejiwa 1 Malaysia.

Mereka peramah manis berkata,
Jual barang pasti laku,
Di sini lahirnya sebuah cinta,
Bumi Malaysia tanah tumpahnya darahku.

Terbang tinggi si rama-rama,
Guna sayap bukan dengan tangan,
Negara kita tanggungjawab kita bersama,
Bersatu menuju kejayaan dan kegemilangan.

Hidup jangan suka mengeluh,
Sahut cabaran buat persiapan,
Bersedia ke arah Wawasan 2020,
Malaysiaku gemilang terus maju ke depan.

Dalam mencapai sasaran kemahuan,
Jangan bertangguh buat kerja laju-laju,
Berganding bahu ke arah kemajuan,
Setia bersatu berusaha maju.

Hati-hati takut ada yang terasa,
Jaga tutur kata dan kelakuan,
Hidup harmoni berbilang bangsa,
Semangat nasionalisme teras perpaduan.

Anak cucu itu warisan,
Ajarkan ilmu dan pendidikan,
Nilai murni jayakan wawasan,
Sikap amanah asas kejayaan.

Walaupun diuji banyak kekalahan,
Nak berjaya kena rajin berusaha,
Hargai keamanan bebas tanpa jajahan,
Semarakkan kemerdekaan jati diri anak bangsa.

Harmoni perpaduan semua bangsa,
Memberi cahaya menyeri pandangan,
Malaysia harmoni aman sentiasa,
Dengan adanya pemimpin sanjungan.

Hutan Amazon dikenali belantara,
Harimau terkenal kerana belang,
Terima kasih pahlawan negara,
Malaysia merdeka terus gemilang.

Pantun Merdeka 2 Kerat
Pantun 2 kerat tentang kemerdekaan:

Beras produk utama petani,
Keranamu Malaysia kami hidup harmoni.

Hidup jangan hanyut dalam kealpaan,
Utamakan perpaduan teras kejayaan.

Makanan ruji kita nasi,
Kreativiti Malaysia menjana tranformasi.

Buat kerja seperti api membara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

Mengejar kejayaan dengan agresif,
Masyarakat adil, berdikari dan progresif.

Kuat belajar timba ilmu pengetahuan,
Sains dan teknologi bermanfaat dalam kehidupan.

Kata nasihat jangan dilupakan,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Hari Kebangsaan bakal menjelma. 31 Ogos tarikh yang dinantikan rakyat Malaysia. Sambil mengibarkan jalur gemilang, meh berpantun! Pantun sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ditujukan buat anda semua. Selamat Hari Merdeka!

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya Syafiq dari KL , nak minta izin gunakan pantun dari pihak tuan utk video yg saya hasilkan sempena bulan kemerdekaan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi kat pantun lepas tu baru wa bagi

      Delete
    2. Awak syafik aiman ke???

      Delete