Gambar Atlet Sukan Olimpik Rio Patah Kaki

Seram dan menakutkan bila melihat gambar Gimnas dari Perancis patah kaki ketika melakukan aksi gimnastik di Sukan Olimpik Rio 2016. Nama gimnas Perancis tersebut ialah Samir Aït Saïd. Samir Aït Saïd, 26 tahun, cedera apabila patah pada dua bahagian kaki kirinya kerana mendarat dengan buruk ketika bersaing dalam acara palang.

Artikel menarik:
Aksi seriau di sukan olimpik 2016: GAMBAR ATLET PERANCIS PATAH KAKI SEMASA AKSI GIMNASTIK
Ait Said atlet sukan olimpik Rio, gimnas dari Perancis jatuh ke lantai dengan bahagian belakang lutut dan bahagian bawah kakinya, yang mana menyebabkan dia patah kaki. Gimnas Perancis ini patah pada bahagian 'tibia' dan 'fibula'.

Penonton yang menyaksikan acara palang gimnastik itu berlangsung merasa terkejut dan ketakutan apabila melihat nasib malang yang menimpa gimnas Perancis tersebut. Jangankan kata penonton, aku yang melihat gambar ni pun rasa seriau. Sakit weh! Atlet sukan olimpik Rio patah riuk.

1 comment: