Ads GA Leaderhead

Minum Air Gula Ketika Hamil & Ujian MGTT

Aku daftar diri sebagai ibu hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan masa tu umur kandunganku baru nak masuk 3 bulan. Lepas buat ujian darah, ujian air kencing, ukur berat badan dan sukat ketinggian, aku diberi borang suruh buat ujian air gula yang dikenali ujian MGTT.

Kata misi tu, setiap ibu hamil kena buat ujian kandungan gula dalam badan. Kena minum air gula. Masa tu aku blur. Pasal tak tahu pun pasal benda ni semua. Entah apa la rasa air gula tu nanti. Semanis minuman kat rumah ke. Masa buat ujian MGTT, masa tu kandunganku dah mencecah 4 bulan.

Sebab ibu hamil mengandung perlu minum air gula, pengalaman minum air gula ketika pregnant, apa rasa air gula, ujian gula dalam darah ibu hamil, MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), ibu mengandung berisiko hidap kencing manis GDM (Gestational Diabetis Mellitus), proses minum air gula ibu hamil, prosedur ujian MGTT, komen doktor hasil ujian minum air gula, keputusan MGTT, tips mudah minum air gula, bacaan gula dalam darah yang selamat, buat ujian 7 point BSP setiap 2 minggu, 7 point BSP (Blood Sugar Profile Test)
Minum air gula sampai habis
  

Kenapa Ibu Hamil Harus Minum Air Gula?

Dengan penuh teruja, aku pun search kat internet cari info pasal minum air gula yang dikenali MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Patut la kat borang tu ada tulis MGTT. Ujian MGTT dibuat untuk memastikan ibu hamil tidak mempunyai GDM (Gestational Diabetis Mellitus). GDM ni penyakit kencing manis yang ibu hamil berisiko dapat ketika mengandung. Ibu hamil yang disahkan menghidap GDM ataupun mempunyai kencing manis mesti menjalani rawatan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.

Proses Minum Air Gula Bagi Ibu Hamil & Prosedur Ujian MGTT

10 jam sebelum membuat ujian MGTT, ibu hamil kena puasa. Means, puasa start jam 10 malam, tak boleh makan apa-apa, minum boleh tapi dalam kuantiti sedikit. Minum air manis tak dibenarkan.

Sampai kat hospital sekitar jam 8.55 pagi, darah aku kena ambil kat hujung jari. Tak sakit sangat, rasa kena gigit semut je. Bacaan gula dalam darah aku masa tu ialah 4.1 mmol. Kemudian, nurse tu suruh minum secawan air gula dan minum lagi secawan air suam. Cawan tu memang dah tersedia hidang kat hujung bilik tu. Aku pun pergi minum.

Bila dah habis minum, nurse tu cakap lepas tempoh 2 jam datang kembali lagi sebab nak ambil darah. Dia kata jangan makan jangan minum apa-apa sepanjang tempoh 2 jam tu. Juga jangan muntah. So, jam 10.55 pagi aku lapor diri lagi. Ambil darah lagi kat hujung jari. Bacaan gula dalam darah lepas buat ujian MGTT ialah 8.0 mmol. Lepas bacaan diambil, aku kena bawa report tu datang jumpa doktor.

Komen Doktor Hasil Ujian Minum Air Gula & Keputusan MGTT

Doktor cakap bacaan 8.0 mmol adalah diparas tidak sihat. Means, keputusan air gula aku tak bagus. Bagi ibu hamil, bacaan sepatutnya dibawah 6.7 mmol. Itu paras kandungan gula yang sihat. Laaa, sudah! Risau pulak aku dengar. Katanya, gula yang tinggi dalam darah boleh bagi kesan negatif pada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Sebab ibu hamil mengandung perlu minum air gula, pengalaman minum air gula ketika pregnant, apa rasa air gula, ujian gula dalam darah ibu hamil, MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), ibu mengandung berisiko hidap kencing manis GDM (Gestational Diabetis Mellitus), proses minum air gula ibu hamil, prosedur ujian MGTT, komen doktor hasil ujian minum air gula, keputusan MGTT, tips mudah minum air gula, bacaan gula dalam darah yang selamat, buat ujian 7 point BSP setiap 2 minggu, 7 point BSP (Blood Sugar Profile Test)
Result lepas minum air gula - ujian MGTT aku tak lulus!

Buat Ujian 7 Point BSP Setiap 2 Minggu

Memandangkan bacaan gula dalam badanku terbabas, tak menepati standard bagi ibu hamil so doktor bagi aku borang untuk ujian 7 point BSP (Blood Sugar Profile Test) - ujian gula dalam darah. Ujian ni boleh dibuat kat rumah, kat klinik kesihatan ataupun kat hospital. Memandangkan hb aku orang medic, aku buat kat umah je. Setiap 2 minggu, bacaan gula dalam darah aku akan diambil. Setiap 2 minggu tu jugak, kena datang jumpa doktor untuk doktor review hasil keputusan 7 point BSP yang aku buat kat rumah. Pemakanan dijaga, tiada lagi makanan berunsurkan manis-manis, kurangkan kuantiti makanan berkarbohidrat. Kadang-kadang terlanggar la jugak pantang larang. Hihihi..

Sebab ibu hamil mengandung perlu minum air gula, pengalaman minum air gula ketika pregnant, apa rasa air gula, ujian gula dalam darah ibu hamil, MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), ibu mengandung berisiko hidap kencing manis GDM (Gestational Diabetis Mellitus), proses minum air gula ibu hamil, prosedur ujian MGTT, komen doktor hasil ujian minum air gula, keputusan MGTT, tips mudah minum air gula, bacaan gula dalam darah yang selamat, buat ujian 7 point BSP setiap 2 minggu, 7 point BSP (Blood Sugar Profile Test)
Ambil darah kat jari untuk kesan tahap glukosa dalam badan. selang 2 minggu, 1 hari kena cucuk dengan jarum 7 kali. Sebab itu namanya 7 point BSP. Bertabahlah hatiku. Demi babyku tercinta. 

Apa Rasanya Minum Air Gula? Petua Minum Air Gula

Buat yang hamil anak sulung, macam aku ni, mesti akan tertanya-tanya, apa rasanya bila minum air gula tu. Melalui pembacaan aku kat internet, ramai yang katanya air gula tu tak sedap! Manis likat! Bila aku dah lalui minum air gula, terbukti benar, air gula tu memang tak sedap. Yang penting masa korang minum air gula tu, sila minum sampai habis. Jangan kasi termuntah. Kalau korang termuntah, korang kena minum lagi sekali lagi.

Korang pernah lalui pengalaman minum air gula? Cer kongsi kisah korang lak. Mana tahu ada tips untuk mudah minum air gula ni. 

43 comments:

  1. Cx baru je kene minum minggu lps. Hahaha. Sama la juga time tu 4month hahaha. pada cx.. air gula tu mcm minum air teh nipis yang terlebih gula. Haha. But lps minum ok lagi. tetiba kjp lg pening mual. Aduh sudah. Trs capai myk cap kapak. Sapu sume tmpt yg rs tak sedap tu. Haha. Alhamdulillah settle tp tk dpt lg result sbb cx tuka kk ntk nxt checkup. So tgu bln 5 nanti baru boleh tau. Hopefully ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas minum air gula yg terlebih kemanisan tu manis, akak pun rasa mual gak. rasa pening. maybe faktor tak sarapan kot. kan sebelum ujian mgtt tu tak boleh makan n minum. so, berbintang2 la kepala kita kelaparan. cetus rasa mual nak muntah.

      Delete
    2. Aah kan kak. Kan kene puasa. Cx start puasa pkl 12mlm. Hehe pg2 bertenaga lg. Lps je mnm air gula.. trs sendawa .. nampak sgt lapar haha

      Delete
    3. sama la awal pagi je bertenaga
      lepas minum air gula terus rasa mual
      dengan kepekatan manis nya yg terover2
      dah la kat hospital ramai orang
      kena tunggu giliran lagi
      pukul 12 tengah hari baru selesai, baru dapat pergi makan

      Delete
  2. ooo klinik tmpt sy amik darah kat lengan....bukan ujung jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ambil darah kat lengan tu utk ujian kumpulan darah, yg ni dibuat kat klinik je
      yg kat hujung jari check gula dalam badan (ujian mgtt) yg ni yumida buat kat hospital

      Delete
    2. Kt tempat sy mgtt xamik kt jari, memg diorg amik kt lengan masa mgtt 1 & 2.. Kt jari diorg amik utk check hb je..

      Delete
    3. Yer... Sy pun gtu jugak... Ujian mggt ambik darah kt lengan... Aduh, sakitnyaaaa... Bengkak bekas jarum xhilang2 lagi... Utk hb ambik darah kt ujung jari jer... Mgkn lain tempat lain cara kot....

      Delete
    4. Yer... Sy pun gtu jugak... Ujian mggt ambik darah kt lengan... Aduh, sakitnyaaaa... Bengkak bekas jarum xhilang2 lagi... Utk hb ambik darah kt ujung jari jer... Mgkn lain tempat lain cara kot....

      Delete
  3. ramai yang dah minum air gula ni..tapi dah masuk 28 minggu ni,memang tak pernah lagi minum air gula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya kak..jeles dengar
      sy pulak awal buat ujian air gula

      Delete
  4. sy pn xde jugak mnum air gula.2nd pregnancy still sama..check up hanya blood test,urines test,bdoy examination,consult by doc dan amek ubat free.done!Alhamdulillah...stp kali preggy 6weeks sy akn bukak buku merah kt kK gov.my friend juga rmai yg kena MGTT d klnik yg sm.hurmm...nnti sy nk tnya lah.sbb sy pn dh lupa ms bljr dulu psl MGTT

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya time mengandung je dapat rasa air gula yang super duper manis tu..minuman special orang pregnant

      Delete
  5. sy pn xde jugak mnum air gula.2nd pregnancy still sama..check up hanya blood test,urines test,bdoy examination,consult by doc dan amek ubat free.done!Alhamdulillah...stp kali preggy 6weeks sy akn bukak buku merah kt kK gov.my friend juga rmai yg kena MGTT d klnik yg sm.hurmm...nnti sy nk tnya lah.sbb sy pn dh lupa ms bljr dulu psl MGTT

    ReplyDelete
  6. sy pn xde jugak mnum air gula.2nd pregnancy still sama..check up hanya blood test,urines test,bdoy examination,consult by doc dan amek ubat free.done!Alhamdulillah...stp kali preggy 6weeks sy akn bukak buku merah kt kK gov.my friend juga rmai yg kena MGTT d klnik yg sm.hurmm...nnti sy nk tnya lah.sbb sy pn dh lupa ms bljr dulu psl MGTT

    ReplyDelete
  7. Saya pernah sekali minum air gula masa anak sulung, tapi next check up saya tukar hospital private. Selamat tak minum air gula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahap manis air gula untuk ibu mengandung ni memang terlampau manis. pekat, likat. untung la terlepas ujian mgtt. seronoknya

      Delete
  8. Wife saya hari ni buat MGTT, kandungan 9 minggu. Dah selesai MGTT, result tak dapat lagi. Hopefully normal.

    ReplyDelete
  9. Esok ujian mgtt...huhu...risau la takut muntah...semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. Esok saya kena minum air gula..hopefully ok

    ReplyDelete
  11. What???wah..saya bukn cucuk ujung jri hah!tpi ambik drh kt lengan!!lgi satu nurse kt ctu tidak pernh ckp kt saya puasa sebelum minum air gula.dan saya merasakn sangt membuang masa hari ini.teruk betul nurse kt klinij kerajaan sekarang ini.kurang pengetahuan.sia2 ja saya minum 1 gelas air gula hri ini..ambik drh kli pertama buang mcm tu ja.last2 konon tk valid sebb alasan saya terlalu aktif masa tu..aduh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya nurse akan maklumkan dulu prosedur minum air gula ni. puasa start malam tu. tabahkan hati ye sis. moga dipermudahkan urusan mengandung

      Delete
  12. Sy pun kena wat ujian mgtt ni.. yg 1st kena 2nd ni pun kena... dulu de tny kat nurse nape kena wat ujian ni?? So jwbnye.. slalunye penyakit diabetis ni heritage... so dierorg buat ni bg juz langkah berjaga2 je.... so we ( baby n mum) leh tau kt kena ke x... if parents mum or hubby de history de penyakit diabetis kena wat ujian ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul.. yg ada parent history doc akan sarankan mgtt test..

      Delete
  13. Sy pun kena wat ujian mgtt ni.. yg 1st kena 2nd ni pun kena... dulu de tny kat nurse nape kena wat ujian ni?? So jwbnye.. slalunye penyakit diabetis ni heritage... so dierorg buat ni bg juz langkah berjaga2 je.... so we ( baby n mum) leh tau kt kena ke x... if parents mum or hubby de history de penyakit diabetis kena wat ujian ni...

    ReplyDelete
  14. Kena juga minum..puas menahan rasa nk muntah dn nak pitam..dugaan tu lepas..tetiba utk 2nd ambik darah..nurse2 yg amik darah dh balik..boleh lak tertinggal nama sy..adui..boleh lak mcmni..brtabah jelah..kena dtg lagi..2 minggu..

    ReplyDelete
  15. Kena juga minum..puas menahan rasa nk muntah dn nak pitam..dugaan tu lepas..tetiba utk 2nd ambik darah..nurse2 yg amik darah dh balik..boleh lak tertinggal nama sy..adui..boleh lak mcmni..brtabah jelah..kena dtg lagi..2 minggu..

    ReplyDelete
  16. sy esk kna minum air gula...tapi perut kul 12mlm lapar sgt...p masak maggi tomyam kat suami..sy ngap 2 3 sudu....mcm mna tu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. sy esk kna minum air gula...tapi perut kul 12mlm lapar sgt...p masak maggi tomyam kat suami..sy ngap 2 3 sudu....mcm mna tu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. kene lalui mggt bila misi tgk rekod kite. berat terlebih ke.. anak dulu terbesar ke... umur lebih dr sepatutnya ke... history family ada diabetes ke... ha.. tgk kat buku merah.. kat situ ada bg tau apa yng menyebabkan kite kne mggt..

    semoga semua ceria melalui ari minum air gula...

    ReplyDelete
  19. Akak ada dua pengalaman bab minum air gula ni. Satu slps minum air gula pd thn 2014. Akk sakit perut terus bleeding sampai gugur. Tapi mungkin bkn sbb air gula kot tak tahu lah kan. Rasanya mmg kandungan akk ada masalah kot. Yg keduanya baru baru ni... paras gula dalam darah akk menurun slps akk minum air gula. Misi pun hairan kenapa jadi macam tu. Sblm minun bacaan 3.8 slps minum 3.76.

    ReplyDelete
  20. Akak ada dua pengalaman bab minum air gula ni. Satu slps minum air gula pd thn 2014. Akk sakit perut terus bleeding sampai gugur. Tapi mungkin bkn sbb air gula kot tak tahu lah kan. Rasanya mmg kandungan akk ada masalah kot. Yg keduanya baru baru ni... paras gula dalam darah akk menurun slps akk minum air gula. Misi pun hairan kenapa jadi macam tu. Sblm minun bacaan 3.8 slps minum 3.76.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kenapa bacaan gula tu menurun. special case..first time dengar

      Delete
  21. Sy pon kne minum jgk...ok je minum..sbb haus kot..ujung2 tu baru rs nk muntah sbb dah minum segelas penuh hihi..

    ReplyDelete
  22. sy esok kne mgtt..lame dah x merase air gula kt klinik kesihatan.. sbelum ni 2 org ank check up kt swasta, air gula dia special x mcm kat kk

    ReplyDelete
  23. sy esok kne mgtt..lame dah x merase air gula kt klinik kesihatan.. sbelum ni 2 org ank check up kt swasta, air gula dia special x mcm kat kk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat swasta brapa ye dia bayaran skali buat mgtt?

      Delete
  24. Hmmm..sy plak kne mnum air gula msa 21w sbb berat naik byk sgt. Yg best nya dtg balik 28w utk tgk result...boleh plak pihak klinik hilangkn result air gula sy 😭😭 xpasal2 kne mnum ag.

    ReplyDelete
  25. Sy baru je minum air gula pagi td... Alhamdulillah x muntah balik cume pening je pas minum tu...yg minum sbelum n slepas sy 2 2 muntah....mmg rasenye xsedap tpi gagahkan jgk spaye xmuntah sbb xnak kena ulang mnum lgi..hehe

    ReplyDelete
  26. Procedure skrg kena minum air gula 2x, betul ke? Saya dh minum sekali mase buka buku merah. Skrg 30 weeks, kena minum lg. Ya Allah, rasa nak lari je. Nak skip bg alasan tak dtg.. :(

    ReplyDelete
  27. As salam...nama Jaja, terbaca blog sis & rasa nk share tips bagi utk elakkan bacaan gula tinggi selepas minum air gula...
    Sy bawa bekal air masak 1btol dr rumah....lepas cucuk yg 1st & minum air gula tue...cepat2 bilas ngan air....biar kembong perut x aper....then 2nd amik darah ....2minggu tunggu result..in sha allah tak sangkut....hee2..

    ReplyDelete
  28. Slm..sy kena minum air gula nxt chk up, masuk 25wk pregnancy, Ni first time kena, mass 1st n 2nd pregnancy dulu xpenah pulak kena..wlwpun semua nmpk ok, xde over weight increased & xde family diabetic history, tp faktor umur yg buat kita kena hadapi MGTT ni..huhu..skrg ni umo 30 ke ats wajib buat at least skali je, itulah yg di war2 kn oleh nurse kk kat skrg ...

    ReplyDelete
  29. fst pregnancy taun 2014, kena minum air gula.. 3 kali .. sebab berat mendadak naik.. tp syukur xda kencing manis & result ok.. first pregnancy, kali pertama & kedua minum air gula tu kat klinik lain.. mereka ambil darah dr lengan, (2x ambik, sebelum minum n selepas minum gula) sakittt.. kali ketiga.. kat klinik lain pulak.. mereka ambik darah dari jari ja, skali ambil, slepas minum air gula... ni pregnant kali kedua.. nk masok 4 months.. next year doktor suruh minum air gula lagi 08/02/16 haha.. dh la manisssss . x sedap

    ReplyDelete