Harga Implan Gigi/ Tanam Gigi Klinik Swasta

Harga Implan Gigi/ Tanam Gigi Di Klinik Swasta

Harga implan gigi 2017 Malaysia. Berapa harga tanam gigi depan? Apa hukum tanam gigi menurut Islam? Berapa pula harga implan gigi geraham? Kat mana boleh dapatkan implan gigi murah? Adakah bahaya buat implan gigi? Tanam gigi sakit tak? Penuh persoalan!! Ye la, nak buat implant gigi kena survey semua maklumat.

harga tanam gigi depan, tanam gigi menurut islam, tanam gigi di klinik kerajaan, harga tanam gigi di klinik swasta, berapa harga implan gigi depan, harga implan gigi geraham, harga implan gigi 2017 malaysia, implan gigi murah, tanam gigi sakit tak, bahaya implan gigi
Malu gigi depan satu rongak. Jom buat implan gigi. Ketahui kos rawatan tanam gigi di klinik swasta


Kalau gigi depan rongak, adoyai malunya. Lagi-lagi si anak dara. Malu weh nak senyum kat orang. Takkan nak buat gigi palsu pulak. Jadi, perancangan si anak dara tu nak dapatkan rawatan pergigian untuk tanam gigi. Berapa harga implan gigi depan? Yang tu, kita kongsikan info seperti di bawah berdasarkan harga tanam gigi di klinik swasta. Untuk harga tanam gigi di klinik kerajaan, akan saya kongsikan selepas mendapat butiran maklumat dicari.


Harga Implan Gigi Murah Versus Kos Tanam Gigi Mahal

Untuk makluman semua, harga implan gigi yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan rujukan: Harga rawatan gigi di klinik swasta Malaysia. Harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-Doktor Gigi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2007. Tujuannya agar klinik-klinik swasta dapat memberikan rawatan yang selamat dan mengikut panduan yang ditetapkan serta menjaga kualiti rawatan.

Bahan-bahan pergigian serta jenis rawatan yang dibuat sekarang mestilah yang terkini dan mengikut peraliran zaman. Diharap ianya dapat memberi anggaran rawatan di klinik-klinik pergigian swasta di negara ini. Kebanyakan klinik ikut harga yang ditetapkan ini tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti, sama ada harga implant gigi terlalu murah ataupun kos tanam gigi terlalu mahal.

Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berapakah harga tanam gigi yang ditetapkan, bolehlah bertanya kepada klinik yang di kunjungi. Sebelum mendapatkan rawatan pergigian di klinik swasta, tanya dahulu berapa harga membuat implan gigi sebelum mendapatkan rawatan.

Harga Tanam Gigi Di Klinik Swasta

Berapa bayaran untuk buat implan gigi? Harga tanam gigi adalah seperti di bawah.
a. Prosedur implant (termasuk skru dan healing cap) – RM5000 ke atas sebatang
b. Prosedur prosthetic – RM3000 ke atas
c. prosedur sinus lift – RM2000 ke atas



d. prosedur tissue grafting – RM3000 ke atas
e. surgical stent – RM250 ke atas
f. bone maping – RM250 ke atas
g. Prosedur guided bone regeneration dengan membrane – RM2000 ke atas
h. Prosedur guided bone regeneration tanpa membrane – RM1500 ke atas
i. implant dengan bantuan komputer – RM3000 ke atas
j. Prosedur stage 1 – RM3000 ke atas
k. Prosedur stage 2 – RM3200 ke atas
l. crown sementara – RM1000 ke atas
* harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

Melopong tengok harga tu. Ribu-ribuan! Orang kata, kalau nak buat implan gigi dalam masa singkat dan cepat, boleh buat kat klinik swasta. Tapi kalau bajet tu tak banyak, buatlah implan gigi kat klinik kerajaan. Tapi kena sabar menunggu la, sebab appointmentnya ambik masa lama. Pilih kos rawatan implan gigi murah kat klinik kerajaan dan bersedia untuk temujanji yang lama.


Sekian, perkongsian tentang harga implan gigi atau tanam gigi di klinik swasta. Member dulu pernah buat implan gigi depan. Sepanjang zaman sekolah menengah tu, dah masuk form 6 baru tahu yang dia ni ada buat tanam gigi depan. Nampak real la gigi tu. Cuma sesekala selalu bahagian gusi gigi implan tu berdarah. Kenapa erk? 

63 comments:

  1. Sya pernah tanya kat klinik kerajaan tentang gigi implant..tp katanya klinik kerajaan tidak menyediakan rawatan seperti itu... Kalau nak pergilah Ke klinik swasta.... Kos terlalu mahal membuatkan kita terpaksa pendamkan saja hasrat tersebut.. Kos 5-8k bukan sikit...kalau harga dalam ratusan mungkin mampu... Sedih sebenarnya tapi apakan daya... Terima hakikat yg kita dah x cantek hanya kerana sebatang gigi... Nak senyum pun malu.. Sya dah buat gigi palsu.. Tp x selesa sgt2...sakit sampai x boleh makan. . Terpaksa bukak... Sedih tau kalau gigi hilang. . Mcm mimpi ngeri pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya skrg ni sakit gg. Bahagian depan. Sok nk p klinik. Klu doc suggest cabut, mmg kelam laa masa depa . Mn nk carik duit bnyk tu. Kemurungan rasanya.

      Delete
    2. Kenapa lah gigi nya mahal sangat.. Haihh sedih

      Delete
    3. Salah tu kalau kerajaan tak buat, hospital kerajaan yang ada pakar buat tapi tak semua tempat. Setahu saya hospital sungai buloh ada buat. harga dalam 3k hinggas 6k. Tetap murah sikit dr swasta. Boleh call hosp sungai Buluh utk info

      Delete
    4. hmmm sye pon tkde gigi kat tengah..bukan patah tapi jarak

      Delete
    5. Sy berumur 38 thaun dan kesemua gigi geraham fah xde.dr kata by the time umo 45 semua akan xde huwaaa nak cari makan cmane gigi takde kan..ni rm6k sebatang gigi,kalau 2 btg bg 11k.pastu mula2 3k.lepas 3 bulan 4k..lepas sebulan kot 2k.camtula bkn skaligus

      Delete
  2. Saya baru hilang gigi depan sbb accident.sebatang je.sebelah lagi senget pulak.dugaan hidup betul la apa yg ditakutkan tu la yg jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa 😭😭😭 takut sangat kalau tengok orang ekciden patah gigi, selalu cakap kesian mesti dia malu. Tengok2 jadi kat diri sendiri..memang tak keluaq rumah lah sedih,malu. Dah buat crown kat klinik swasta rm1600 tapi tetap tak puas hati sebab tak cantik and tak boleh gigit makanan 😂😂😂

      Delete
  3. Bersyukurlah, walau tak cantik gigi, tapi masih sempurna fizikal, lihatlah disekitar ramai lagi bernasib malang, setakat tak cantik gigi usahlah kemurungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ,gigi selalu sakit, main dengan saraf. 🥺 Bukan xbersyukur .

      Delete
    2. Biasanya gigi memainkn peranan pnting. Ada member gigi dpn tgl satu je gigi bawah dpn separuh takda tp istimewa tuhan bg dia adalah..org takkn perasan yg dia pnya gigi kurang. Sbb mkn pn biasa je dan x nmpk sgt gigi dia tu dh melopong maybe keadaan rahang dan bibir tu main peranan jg..pnting jgn gigi semua x da tu dh mengarutlh..kau buat pa smpai gigi semua boleh hilang...

      Delete
  4. Maaflah nak tanya siapa tahu..klu nak tampal gigi klink kerajaan tu..kena buat appoitment dulu ker...@ blh trus tampal mcm d klinik biasa..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpyh buat apoimen sis trus je amb nombor giliran. .

      Delete
  5. Sy bru buat gigi palsu depan .nak makan selesa cuma bercakap tak selesa sebab bunyi macam pelat .. sekarang tgh kumpul duit nak buat gigi palsu yg fleksibel .. nak buat implan gigi mmg tak mmpu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa kena bayaran buat gigi palsu?

      Delete
    2. Saya patah 2 batang belah atas/depan sebab acciden almost 10 years. Memang jadi no self confidence. Otw for treatment implan. Sebelum ni dah pergi 3 klinik untuk tempahan gigi palsu.

      Delete
  6. Harga sebatang rm5k?agak sakit x?sebab gigi depan sy dh hilang 3btang selepas eksiden

    ReplyDelete
  7. Harga gigi implan memang mahal, RM5k adakah berbaloi? Kl anda mampu boleh pasang. Periksa dulu kesihatan semua gigi sebelum decide nak pasang implan atau gigi palsu biasa. Kl sihat dan anda masih muda dan mampu elok implan. Kl anda ada diebetes biasanya gigi akn ada yg mudah goyang, jd elok gigi palsu biasa. Kl dah berumur macam saya ni elok pakai gigi palsu saja, bila dah tua gigi pun mudah goyang. Sy baru buat gigi palsu biasa, pada permulaan pakai memang tak selesa, kunyah makanan kena perlahan². Kena mula dengan makanan yg lembut dulu. Tapak gigi palsu akn melekat pada gusi jd perlukn masa nak menyesuaikannya dan boleh sakit diawal pemakaian minggu pertama/kedua. Gusi boleh luka dan gigi palsu kena rehat 2 3 hari.
    • 2 penjagaan kena buat - gigi asli dan gigi palsu. Kl implan memang dah kekal dg tulang gusi mulut.
    • apa2 hal kita kena lah nampak presentable terutama yg berkerja menghadap orang ramai, takkan nak tunjuk gigi yg rongak. Mungkin bertambah handsome dg gigi palsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nk pasang implan tu brp 1 ye yg depan je dulu patah Sye suru cabut sklu

      Delete
  8. Aku lgi ah 4 btg ats tkde ,hmmmm

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sbtg gigi pelsu emas brpe erkkk ??

    ReplyDelete
  11. Sbnrnya bg yg gna gg plsu biasa n ad mslh rs xslesa n xbleh nk mnggigit bnda kras sbnrnya depend on doc yg bt gg tu.. Alhmdllh la aq jmpe doc yg mna gg plsu die mmg best pkai n siap bley ggit bnda keras mcm epal,tulang ayam semua aq tibai.. Dh mcm gg biasa.. Yg pnting jgn salu tnggalkn gg plsu qau klu nk rs selesa dgn gg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat di klinik mana?

      Delete
    2. buat di klinik mne ye bole bg almat dn no klinik x

      Delete
    3. Bwat kat klinik mana

      Delete
    4. Kat mn buat tu. Yg kata yg selesa tu

      Delete
    5. membohong lah tu segala tulang ayam ditibai,,,,,nak patah dua gigi palsu engko....hurrrrrmmmmm,,,agak2lah

      Delete
    6. Akhirnya Klinik ke 3 yang aku pergi untuk tempahan gigi palsu mendapatkan hasil yang memuaskan. Acuan bentuk gigi yang lebih kecil/selesa/gigi kelitahan real/tak perlukan untuk aku menggunakan polident.

      Semoga dipermudahkan segala urusan si gigi palsu❤️

      Delete
  12. Saya dlm prisos implan gigi. Klinik kerajaan harga rm3000 untuk beli peralatan. Kos lain tidak ada. Syarat implan pertama kebersihan mulut dan tidak merokok. Dr akan pastilan dulumulut kita besrsih. Ada dua cara satu boleh siap datu dlm satu stage saka jangka masa singkat satu lagi slps stage 1 tunggu stage 2 tiga bln kemudian untuk yanam besi. Dan seterus stage 3. Saya 2 jun 20 stage 2 dan lebih lurang 1 bula lagi untuk peringkat akhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegi klinik gigi kerajaan utk checkup implan gigi tapi mereka masih belum ambil kes yang bukan kecemasan(sakit/bengkak/cabut etc). Untuk rawatan lain2 masih belum ada SOP dr KKM mereka maklumkan.

      Delete
    2. maaf bertanya, awak umur berapa...

      Delete
    3. Hi nak tnye, awak buat kat hospital mane yer.. Camne ggi sekarang okey tak..

      Delete
    4. Sis klinik kerajaan mana buat implan gigi tu

      Delete
    5. Buat kat hosp mna ea..

      Delete
  13. Sy dh g klinik gov. Disana doktor hanya ambil kes2 kecemasan seperti cabut gigi. Gigi sy dh sakit n dh masuk kuman nk buat rawatan akar tah bila. Chair covid utk cabut gigi x sampai2 lg. Sy ambil jalan mudah g klinik swasta puas hati. Sakit pn dh hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan akar ada di klinik kerajaan pandamaran, di klinik kesihatan Shah Alam pun ada tapi hanya buat utk gigi depan shj

      Delete
  14. Gigi dah 20 taun patah depan sbb eksiden.. Pakai gigi pelesu 2 batang depan.walaupun dh lama , tetap rs x slesa n hina diri , bcakap pn x best mcm telor jer .. Nak buat jambatan gi, gigi tepi dedua dah tak kuat , ke blh buat jambatan kalo gigi tepi nya berlubang.. Nak pasang implan ,punah harapan mahal nye nak oi ... Aduilah gelap masa depan rasanya😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. I can feel you 😭 last year try buat xray nak confirmkan sama ada sesuai untuk implan atau tidak. Alhamdulillah semuanya okay, insyaallah otw for treatment implan. Rate survey implan 4.5k-8k/per tooth 😭

      Delete
  15. Umur aku baru 18 dah hilang satu gigi depan, dah la amik course tourism nak kena jumpa ramai org, pakai purdah jelah aku hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pilih rawatan bridge. lbih murah banding implant

      Delete
    2. sama lah kita, malu rasa hilang gigi, doktor yg buat gigi palsu pun xikhlas, gigi langsung xrata dan sama dngn gigi lain hmm

      Delete
    3. tiulah masalahnya yg buat gigi palsu ne bukan yg pakar,,biasanya doktor yg buat tu tak ikhlas dan selalunya mereka akan handover kerja buat gigi palsu ne kat nurse2 meka lagilah tak ikhlas,,,,aq pernah buat gigi palsu depan kat satu tempat kat kl tp tak ingat dah kawasan tu sbb buat pun waktu belajar kat sana yg pasti berdekatan dgn pudu jail,,kedai tu nak kata klinik gigi pun bukan tapi dia buat gigi palsu jek,,memang trebaeklahdia buat sbb dia tgk bentuk gigi dan juga dia buat tu dia akan tgk jg bentuk rahang dan susunan gigi,,,tp rasanya mcm dah takde kot tempat tu sbb say buat tahun 2001,

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kos implan gigi di kerajaan 2 500.- 2900 sebatang.. tiada cas lain.. hanya dibuat di jabatan pembedahan mulut hospital kerajaan.Boleh pergi situ buat appt.dulu. info dr pakar gigi hos. Kerajaan

    ReplyDelete
  18. Angkat Dalam tempoh berapa lama bole pasang implan gigi

    ReplyDelete
  19. harga bridge gigi berapa?

    ReplyDelete
  20. Ada sesiapa tahu klinik swasta area KL yg tawarkan harga bawah RM600 untuk buat gigi bridge ?

    ReplyDelete
  21. Duit berbilion yg diambil bekas2 pemimpin boleh dibuat subsidi untuk pelbagai kebaikan rakyat. Kalau saja kita tidak buta hati....

    ReplyDelete
  22. 4 btang baru hilang ni

    ReplyDelete
  23. Kenapa kt Malaysia Mahal sengat yer...sy Tanya kawan dari kemboja buat implant Gigi kt Sana RM 200 duit Kita...klau bkn pkp nak dtg Sana je buat Gigi...kt Pakistan lg murah...

    ReplyDelete
  24. Aku dah tnya kt klinik gigi kerajaan, harga implan gigi skrg 5-6k sebatang. So aku decide pendam je lah. Mahal wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital kerajaan pun caj 5 6k ke sebatang? sy dgr dlm 2k gitu je...5 6k ni swasta

      Delete
    2. Baca kt website portal health dlm 3k sebatang.

      Delete
  25. Gigi depan Teman ni, nunggu hari nak hilang lagi

    ReplyDelete
  26. boleh bayar ansur2 tak agak2

    ReplyDelete
  27. Nak implan gigi. Bayar mahal, agak2 sakit tak...
    Kalau sakit tak mau lah..
    Takut 🥺

    ReplyDelete
  28. mak mertua saya buat dalam 300 sebatang di pekan ipoh tahun 2014.. tapi tak ingat la nama klinik nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu murahnya.. mkin btambah tahun mkin tinggi harga. Lg mahal dr beli emas . 🤣

      Delete