Aplikasi MySekolah Cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

Bagaimana aplikasi MySekolah membantu mengatasi masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar? Isu ponteng sekolah sangat popular dari dulu sampai sekarang. Di sekolah anda, apa hukuman kepada pelajar ponteng sekolah? Nak banteras gejala ponteng kena kenal pasti apa punca ponteng sekolah pelajar berkenaan, juga persiapkan langkah mengatasi ponteng sekolah.

Pengenalan ponteng sekolah
Maksud ponteng sekolah ialah pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Aplikasi MySekolah dan isu pelajar ponteng sekolah, pelajar ponteng kelas
Fungsi aplikasi MySekolah membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak mereka di sekolah. Adakah anak mereka benar-benar ke sekolah hari ini, adakah anak mereka hadir di dalam kelas. Kini dengan adanya aplikasi MySekolah membolehkan ibu bapa melihat rekod kehadiran anak ke sekolah setiap hari.

Adakah aplikasi MySekolah berkesan mengatasi masalah ponteng sekolah?
Ya, dengan pemantauan dari dua-dua pihak iaitu sekolah dan penjaga. Beberapa sekolah yang sudah memakai aplikasi ini sudah memberi kesan yang positif berkaitan kadar kehadiran murid di sekolah mereka. Antara sebab-sebab aplikasi ini berjaya:

Aplikasi MYSEKOLAH: Cara ibu bapa semak kehadiran anak ke sekolah, bagaimana aplikasi mysekolah membantu mengatasi masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar, cara mengatasi masalah ponteng, hukuman kepada pelajar ponteng sekolah, langkah mengatasi ponteng sekolah, pengenalan ponteng sekolah, punca ponteng sekolah
Aplikasi MYSEKOLAH: Cara ibu bapa semak kehadiran anak ke sekolah

Kejayaan aplikasi MySekolah cara mengatasi masalah ponteng
1. Penentuan kehadiran murid menggunakan cap jari, dengan ini murid tidak dapat menipu kehadiran
2. Proses verifikasi kehadiran boleh dilakukan setiap masa pembelajaran, jika sekolah mempunyai 11 masa pembelajaran, penjaga akan dapat tahu kehadiran setiap masa pembelajaran. Ini dapat mengatasi masalah murid yang keluar sekolah selepas rehat atau pada waktu-waktu tertentu
3. Penjaga boleh lihat kehadiran anak mereka secara live. Penjaga boleh tahu kehadiran anak mereka pada masa dan hari yang sama. Ini dapat mengatasi masalah penjaga lewat tahu masalah anak di sekolah. Sumber: Kejayaan sistem aplikasi MYSEKOLAH hapus gejala ponteng sekolah

Jadi, terbukti benar aplikasi mysekolah adalah salah satu cara mengatasi masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar. Ibu bapa ada cara melihat kehadiran anak ke sekolah. Ada berani nak ponteng sekolah? Haha! Terbaik penggunaan aplikasi MYSEKOLAH. 


Artikel bestnya kalau ada aplikasi MySekolah:

1 comment: