Daftar Pelanggan Kontrak Pos Malaysia

Usahawan online / peniaga online perlu daftar pelanggan kontrak untuk nikmati faedah dan diskaun Pos Malaysia bila membuat pengeposan barang. Wah peluang tu! Sambil pos barang customer yang berlambak-lambak tu, boleh dapat diskaun kurier parcel Pos Laju. Untung! Untung!

usahawan online / peniaga online perlu daftar pelanggan kontrak untuk nikmati faedah dan diskaun pos malaysia bila membuat pengeposan barang, daftar sebagai pelanggan kontrak pos malaysia
Meh berjimat dengan daftar sebagai pelanggan kontrak Pos Malaysia

Jadi apa lagi..jom daftar sebagai pelanggan kontrak Pos Malaysia. Khasnya di kalangan usahawan kecil, yang bergelar peniaga e-dagang tu.

Statistik pengeposan barang Pos Laju Malaysia:
Bulan Mei hingga Jun 2016, Pos Laju mencatatkan 30 juta pelanggan bagi perkhidmatan kuriernya dengan penghantaran hampir berganda kepada 400,000 bungkusan sehari.

Jadi, bila kadar pengeposan Pos Laju makin bertambah, Pos Malaysia menawarkan usahawan / peniaga yang berdaftar sebagai pelanggan kontrak untuk menikmati kelebihan tawaran - dengan kadar pilihan dan diskaun bergantung kepada kuantiti bungkusan serta perkhidmatan pengambilan percuma dari rumah mereka.

Bahkan usahawan / peniaga dapat menikmati perkhidmatan kredit sekiranya memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Pos Malaysia. See, banyak kelebihan mendaftar pelanggan kontrak Pos Malaysia ni, untung la mereka yang ada bisnes online. Peluang baik ni. Nak nikmati faedah dan diskaun pengeposan bungkusan Pos Malaysia, jemputlah daftar. Selamat mendaftar ye.

No comments:

Post a Comment