Peraturan majikan jika pekerja pilih
Simpanan Shariah KWSP. Adakah perlu memberitahu majikan jika pekerja tukar
akaun KWSP dari Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah? Apa denda jika
majikan tidak membuat caruman KWSP untuk pekerja? Berapa caj majikan lewat
bayar caruman kepada pekerja?
Majikan vs. Pekerja Pilih Simpanan Shariah KWSP |
Adakah saya perlu memaklumkan kepada
majikan sekiranya saya membuat pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, ahli tidak perlu memaklumkan
kepada majikan sekiranya ahli memilih Simpanan Shariah.
Adakah majikan perlu membuat pembayaran
caruman secara berasingan untuk pekerja mereka yang membuat pilihan Simpanan
Shariah?
Tidak, majikan tidak perlu membuat
pembayaran caruman secara berasingan untuk pekerja yang memilih Simpanan
Shariah.
Adakah majikan perlu mengisi Borang A
secara berasingan? Adakah terdapat borang yang khusus untuk majikan?
Tidak, majikan hanya perlu mengisi
Borang A seperti proses yang sedia ada dan tiada borang tambahan atau perubahan
yang perlu dibuat oleh majikan.
Adakah terdapat peraturan-peraturan dan
kaedah-kaedah baru yang harus dipatuhi oleh majikan berkenaan caruman jika
pekerja mereka ingin membuat pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, majikan adalah tertakluk
kepada peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah caruman yang sedia ada.
Adakah terdapat sebarang kos tambahan
yang akan dikenakan terhadap majikan sekiranya pekerja mereka ingin membuat
pilihan Simpanan Shariah?
Tidak, tiada sebarang kos tambahan
akan dikenakan ke atas majikan sekiranya pekerja mereka ingin memilih Simpanan
Shariah.
Adakah terdapat sebarang caj yang akan
dikenakan kepada majikan yang gagal membayar caruman?
Caj yang akan dikenakan kepada
majikan yang gagal mencarum samada pekerja-pekerjanya memilih Simpanan Shariah
atau tidak adalah seperti berikut:
1. Caj lewat bayar: Kadar dividen
terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun
berkenaan dengan ditambah 1%. (“Caj lewat bayar” menggantikan “faedah”)
2. Dividen: Kadar dividen terendah
antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah.
Sebelum ada kadar dividen Simpanan
Shariah, kadar dividen KWSP yang diisytiharkan bagi setiap tahun berkenaan
hendaklah dirujuk bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen.
Moga perkongsian ini memberi
manfaat kepada pembaca tentang majikan versus pekerja pilih Simpanan Shariah
KWSP. Anda sudah bertukar kepada akaun KWSP Simpanan Shariah?
Artikel menarik:
No comments:
Post a Comment