Pantun Hari Malaysia

Pantun sempena Hari Malaysia yang ke-53: Pantun Hari Malaysia 2016. Ada pantun 2 kerat, pantun 4 kerat. Jom mengarang pantun patriotik negara. Moga dengan gubahan pantun Hari Malaysia ni menyuntik rasa patriotik dalam diri kita.


Pantun Hari Malaysia 4 Kerat
Baris 4 kerat pantun patriotik Hari Malaysia:

Patuhi undang-undang jangan derhaka,
Buat baik juga seiring,
Malaysia kini 59 tahun merdeka,
Negara maju berdaya saing.

Chef Ali banyak resepi rahsia,
Hebat membuat kek dan pakar masakan,
1963 tarikh pembentukan Malaysia,
Tanah Melayu Sabah dan Sarawak disatukan. 

Sambung belajar nun jauh di Kaherah,
Peluang diberikan jangan disia-sia,
16 September tarikh bersejarah,
Sambutan sempena Hari Malaysia.

Gagal sekali usah begitu kecewa,
Segera bangkit merungkai jalan rahsia,
Kami satu bangsa sehati sejiwa,
Semangat kenegaraan cintakan Malaysia.

Sopan santun bila berbicara,
Semaikan peribadi mulia beramai-ramai,
Utuhkan perpaduan kehidupan sejahtera,
Negara makmur aman damai.

Merantau jauh hingga ke Chiangmai,
Singgah di poasar membeli jala,
Nilai-nilai patriotik harus disemai,
Contohi wira negara sebagai idola.

Sungguh sedap si udang kara,
Sanggup meredah dengan sampan,
Pemuda pemudi penggerak ekonomi negara,
Malaysia maju mara ke hadapan.

Lancar menulis dengan pensil tekan,
Produk berkualiti keluaran kilang,
Masyarakat bijak menerusi pendidikan,
Malaysia cemerlang gemilang terbilang.

Yang jauh bertanya khabar,
Rindu bertandang tanpa mengenal usia,
Jalur gemilang megah berkibar,
Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Panasnya kat rumah tak ada karan,
Asyik terbayang aiskrim sejuk meleleh-leleh,
Jangan takut pada cabaran,
Yakin diri Malaysia boleh!

Pantun Hari Malaysia 2 Kerat
Pantun patriotik Hari Malaysia 2 kerat:

Buat kerja jangan suka mengelat,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

Menjala ikan dapat ikan tamban,,
Demimu Malaysia kami sedia berkorban.

Melayu Cina India dalam satu kenderaan,
Hidupkan perpaduan kunci kesejahteraan.

Semangat kejiranan dan setia rakan,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Hari Malaysia bakal menjelma. 16 September tarikh yang dinantikan rakyat Malaysia. Sambil mengibarkan jalur gemilang, meh berpantun! Pantun patriotik negara, pantun sempena Hari Malaysia ditujukan buat anda semua. Selamat Hari Malaysia!

3 comments: