Jangan Main Pokemon Go – Terlalu Leka
& Lalai Bawa Kemudaratan!
Sebab mengapa tak boleh main Pokemon Go. Jangan main Pokemon Go jika anda
orangnya jenis obses pada sesuatu. Game Pokemon Go boleh membuatkan anda leka
bermain tanpa mempedulikan perkara sekeliling. Amatlah bahaya ketika anda sedang
membuat aksi pengejaran Pokemon Go ni, anda berada di jalan raya, musibah bakal
menanti! Lalai akibat bermain game Pokemon Go, membahayakan nyawa anda!
Main Pokemon Go sambil memandu, bahaya!! |
Mungkin bukan nyawa anda, tetapi
nyawa orang lain. Bayangkan ketika anda sedang bermain game Pokemon Go ketika
memandu, anda menjadi penyebab kemalangan tragik di jalan raya. Kecuaian anda
telah meragut nyawa orang lain! Amatlah bodoh dan tak berbaloi!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan yang tidak membenarkan umat Islam membabitkan diri dengan
aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada
kemudaratan. Permainan Pokemon Go menjadi penyebab insiden membahayakan
sehingga meragut nyawa. Bahkan ianya memberi kesan negatif kepada golongan
kanak-kanak dan remaja yang terjebak dengan game ini.
Mufti Wilayah Persekutuan, pihaknya
berpendapat fatwa dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon
Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat. Kredit: Pokemon Go bahaya undang mudarat
JAKIM pun dah bagi larangan agar
kita jangan terjebak sama, takut nanti kita yang terlalu leka bermain
mendatangkan mudarat. Begitu juga pendapat Mufti yang menggesa orang Islam
jauhi permainan Pokemon Go ni.
Pun begitu masih ramai yang ingin
tahu bagaimana nak main permainan Pokemon Go yang menjadi kegilaan zaman
sekarang. Lihat: Cara Download Pokemon Go Di Android. Ramai yang ingin mencuba main sendiri, adakah seseronok orang lain,
yang katanya bila dah berjaya tangkap Pokemon, semacam terkena renjatan
elektrik. Ye ke? Apa pun, jagalah keselamatan diri ketika bermain. Nak sangat
main kan..orang dah larang tetap nak main jugak.. sentiasa berwaspada, terutama
ketika berada di jalan raya.
Jangan kusyuk sangat main Pokemon
Go, jangan lalai, beringat-ingatlah.. Yang pastinya, golongan remaja paling
membimbangkan, ye la kebanyakan remaja zaman sekarang masing-masing dah ada
handphone. Dengar je viral pasal game Pokemon Go ni, semua teruja nak download.
Ibu bapa, kakak, abang, makcik, pakcik, jiran tetangga pantaulah aktiviti budak
remaja masa kini. Tegurlah mereka, jika kita rasa ianya salah, boleh
menyebabkan kecuaian, bahaya.
Kejar Pokemon Go sampai ketuk pintu
rumah orang! Ni yang bahaya jugak ni. Dibuatnya orang tu ada niat jahat, kononnya
kata nak tangkap Pokemon, tapiiii…nak samun rumah! Rompak rumah! Bahaya wei! Jadi,
berwaspadalah. Bukan sahaja pada pemain Pokemon Go, malah penghuni rumah,
pengguna jalan raya. Bahaya ada di mana-mana..
main candycrush je la bagus.. hehe
ReplyDelete