Aplikasi MySekolah Bantu Ibu Bapa Pantau Anak

Install aplikasi MySekolah dalam telefon pintar anda! Kelebihan aplikasi MySekolah membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Kebaikan Aplikasi MySekolah
Manfaat hasil menggunakan aplikasi MySekolah, ibu bapa boleh menyemak rekod kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah.

Bagaimana Aplikasi MySekolah Membantu Ibu, Bapa Atau Penjaga
Zaman makin canggih di mana ibu bapa boleh tahu apa aktiviti anak dilakukan di sekolah. Dengan adanya aplikasi mySekolah ia dapat memastikan anak benar-benar berada di sekolah.

aplikasi mysekolah pantau aktiviti pelajar, bagaimana aplikasi mysekolah membantu ibu, bapa atau penjaga, kelebihan dan kebaikan aplikasi mysekolah
Penggunaan Aplikasi MySekolah Di Sekolah
Setiap sekolah dibekalkan dengan alat pengimbas cap jari. Setiap kali anak anda hadir ke sekolah, mereka akan mengimbas cap jari pada pengimbas yang dibekalkan. Cap jari digunakan kerana lebih efisyen, jika menggunakan kad, mereka boleh meminta rakan membantu mereka mengimbas kad.

Sebaik sahaja anak anda mengimbas, masa dicatatkan dan data masa kehadiran akan dimasukkan ke dalam cloud. Anda sebagai penjaga akan memasang aplikasi mobile ke telefon pintar anda. Notifikasi kehadiran akan di hantar ke telefon pintar anda.

Anda juga sebagai penjaga boleh melihat rekod kehadiran anak anda setiap hari menerusi aplikasi MYSEKOLAH, begitu juga masa mereka sampai ke sekolah. Jika berlaku kepada anda yang anak anda ponteng sekolah, anda boleh buat tindakan serta merta.

Dah ada aplikasi MySekolah senanglah ibu bapa pantau perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah. Masalah pelajar ponteng sekolah, pelajar escape, pelajar betul-betul hadir ke sekolah dapat dikesan oleh ibu bapa. Hmm bermanfaat sangat aplikasi MySekolah ni.


Artikel bestnya kalau ada aplikasi MySekolah:

No comments:

Post a Comment