Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1

Borang Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017. Jom daftar anak ke Sekolah Seni Malaysia! Hebahan buat semua, pendaftaran pelajar ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2017 kini dibuka. Isi segera borang permohonan Sekolah Seni Malaysia sebelum tarikh tutup. Berikut merupakan panduan cara buat permohonan kemasukan anak ke Sekolah Seni Malaysia.

Syarat Permohonan Masuk Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

borang permohonan tingkatan 1 sekolah seni malaysia ambilan 2017, syarat permohonan kemasukan sekolah seni malaysia, panduan mengisi borang permohonan sekolah seni malaysia
Borang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia
1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Panduan Mengisi Borang Permohonan Sekolah Seni Malaysia
1. Permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia hanya boleh dibuat menerusi sistem online. Isi borang permohonan di sini: https://essem.moe.gov.my/
2. Isi di bahagian LOGIN PEMOHON. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Jika anda baru pertama kali guna sistem ini, sila daftar kata laluan terlebih dahulu.
3. Isi maklumat dalam borang selengkapnya.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi:
1. En. Romai Noor bin Rabbu 03-88721647
    Email: romainoor@moe.gov.my
2. Pn Zuraini Binti Abu Hassan 03-88721620
    Atau emelkan pertanyaan ke:
    Email: salmahsalleh@moe.gov.my

Moga perkongsian permohonan kemasukan Sekolah Seni Malaysia tingkatan 1 memberi manfaat buat anda. Tempoh permohonan Sekolah Seni Malaysia ini akan bermula dari 1 April 2016 hingga 31 Ogos 2016. Semoga permohonan anda lulus dan anak anda berjaya masuk Sekolah Seni Malaysia. All the best!

No comments:

Post a Comment