Cara Download Pokemon Go Di Handphone
Android | Nak main Pokemon Go tapi tak dapat? Tak dapat install di play store. Tak
jumpa di google play. Macam mana nak download game Pokemon Go ni erk? Adakah anda
tercari-cari cara untuk download Pokemon Go di android. Mungkin artikel ini
membantu anda merasai kehebatan bermain tangkap Pokemon!
Tapiiiii…sebelum tu, ada sedikit
pesanan. Nasihat sebelum main, jangan leka dan lalai melayan game Pokemon Go ni
seharian. Utamakan tugas utama anda. Main Pokemon Go hanya untuk isi masa
lapang sahaja. Jangan terlalu obses. Jangan terlalu teruja sampai melalaikan! Jangan
cuai hingga mengakibatkan kemudaratan. Ingat! Utamakan keselamatan diri dan
berwaspada ketika bermain Pokemon Go.
Penting! Ketahui: BAHAYA MAIN GAME POKEMON GO
Hanya sesetengah peranti telefon
sahaja yang support game Pokemon Go. Mudah untuk mereka download dan install Pokemon
Go di handphone. Telefon pintar aku yang canggih tu pun tak dapat jugak search
game Pokemon Go di play store. Samsung S4. Memang tak keluar pun game tu kat
google play.
Rupanya game tu hanya keluar di
skrin play store untuk model handphone tertentu je. Plus internet kena kuat,
laju, GPS jugak. Jadi baru aku tahu mengapa game Pokemon Go tu tak tersenarai
dalam play store handphone aku ni. Sedih..sob sob..
Tapi aku takde la desperate sangat
nak main. Cuma nak merasai apa kehebatan main Pokemon Go ni sampai orang
tergila-gilakan nak main. Orang kata masa tangkap Pokemon tu macam kena
renjatan elektrik. Ye ke? Tu yang bikin hati aku nak tahu.
So far, aku bukanlah kaki game. Walaupun
dalam handphone aku ni berlambak game. Install buat koleksi je. Haha.. Harap story
dan penerangan aku kat atas tu bagi kesedaran kat korang, jangan terlalu leka
melayan game wokeh. Main untuk suka-suka je. Untuk isi masa lapang, main time
korang boring. Kat bawah tu, cara korang muat turun / download game Pokemon Go.
Khas untuk pengguna peranti Android.
Cara Download Pokemon Go Di Android |
Cara 1: Klik link bawah ni dan
download game Pokemon Go di telefon pintar anda
http://www.apkmirror.com/apk/niantic-inc/pokemon-go/pokemon-go-0-31-0-release/pokemon-go-0-31-0-android-apk-download/download/
Cara 2: Kalau cara kat atas tu tak
berfungsi, means boleh download tapi tak dapat install, sila guna cara ke-2 ni
http://www.apkmirror.com/apk/niantic-inc/pokemon-go/pokemon-go-0-31-0-release/pokemon-go-0-31-0-2-android-apk-download/
Itulah cara download Pokemon Go
di android. Kalau menjadi, tepuk tangan. Kalau tak menjadi, tak dapat
install, mungkin bukan rezeki untuk korang bermain game Pokemon Go. Baca dari
komen orang kat FB, menjadi kat hp mereka. Tapi hp aku tak menjadi. Tak ada
jodoh dengan Pokemon Go lettew!
No comments:
Post a Comment