Ads GA Leaderhead

Sukan Olimpik Rio 2016

Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 | Sukan Olimpik Musim Panas 2016 sedang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil sebagai tuan rumah. Sukan Olimpik XXXI, yang dikenali Rio 2016 merupakan acara sukan antarabangsa yang mana tempoh sukan tersebut bermula 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016. Lebih daripada 10,500 atlet dari 207 negara mengambil bahagian.

Artikel menarik:
Aksi seriau di sukan olimpik 2016: GAMBAR ATLET PERANCIS PATAH KAKI SEMASA AKSI GIMNASTIK
sukan olimpik rio de janeiro 2016, sukan olimpik musim panas 2016, sukan olimpik xxxi, senarai sukan olimpik rio 2016, macam mana nak tengok sukan olimpik rio 2016 kat tv, laporan keputusan sukan olimpik rio 2016
Logo Sukan Olimpik Rio 2016
Logo rasmi Sukan Olimpik Rio 2016 mewakili tiga bentuk dalam warna kuning, hijau dan biru seperti bendera Brazil yang bercantum dengan bentuk keseluruhan mencerminkan Gunung Sugarloaf. Logo ini adalah berdasarkan empat konsep: tenaga berjangkit, kepelbagaian yang harmoni, alam semulajadi yang rimbun dan semangat Olimpik.

Senarai Sukan Olimpik Rio 2016
Sukan Olimpik di Rio de Janeiro menampilkan 28 sukan, sejumlah 41 disiplin dan 306 acara.

Akuatik [Terjun, Renang, Renang berirama, Polo air]
Angkat berat
Badminton
Bola baling
Bola keranjang
Bola sepak
Bola tampar [Bola tampar, Bola tampar pantai]
Ekuestrian [Dressage, Eventing, Melompat]
Gimnastik [Artistik, Berirama, Trampolin]
Golf
Gusti [Gaya bebas, Greco-Roman]
Hoki
Judo
Lawan pedang
Lumba basikal [BMX, Mendaki bukit, Jalan, Trek]
Lumba dayung
Lumba kanu [Slalom, Sprint]
Lumba layar
Memanah
Menembak
Olahraga
Pentathlon moden
Ping pong
Ragbi
Taekwondo
Tenis
Tinju
Triatlon

Perlawanan bola sepak di Sukan Olimpik Rio 2016
Untuk sukan olimpik Rio, 5 lokasi bagi perlawanan bola sepak telah ditentukan antaranya di bandar Sao Paulo, Belo Horizonte, Salvador, Brasília dan Manaus.

Macam mana nak tengok Sukan Olimpik Rio 2016 kat tv?
Berita baik untuk pelanggan Astro, nak tengok liputan komprehensif Sukan Olimpik Rio 2016 boleh tonton menerusi 12 saluran berdefinsi tinggi (HD) Astro. Antaranya saluran sukan 801. Malah buletin Awani saluran 501 akan membawa laporan berita sukan olimpik dari Rio. Ha, nak tahu keputusan sukan olimpik Rio meh cepat tekan remote Astro tu.

Upacara penutupan Sukan Olimpik Rio akan diadakan di Stadium Maracana pada 21 Ogos 2016. Nanti kita tengok kat tv k. Selamat mengikuti perkembangan sukan olimpik Rio 2016!

No comments:

Post a Comment