Borang Permohonan & Pendaftaran Taska Permata Kemas

Jom daftar anak ke Taska Permata Kemas! Hebahan buat semua, pendaftaran kanak-kanak ke Taska Permata Kemas tahun 2017 kini dibuka. Dapatkan borang pendaftaran dan permohonan kemasukan Taska Permata Kemas di sini. Berikan anak pendidikan awal menerusi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Nak hantar anak kat taska mana? Taska Permata Putrajaya? Taska Permata Kemas Melaka? Haa, daftar anak ke taska berdekatan kawasan rumah anda.


Borang permohonan dan pendaftaran Taska Permata Kemas, pendaftaran kanak-kanak ke taska permata kemas bagi sesi 2017, borang permohonan taska permata, borang pendaftaran taska, yuran taska permata, taska permata putrajaya, taska permata kemas melaka
Borang permohonan dan pendaftaran Taska Permata Kemas

Syarat-Syarat Kemasukan Ke Taska Permata Kemas Tahun 2017
1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
3. Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2017 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2016.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portak Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
6. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan.
8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2016.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran Taska Permata Kemas:
1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. 2 keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak.
(Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Taska Permata Kemas Tahun 2017
Isi maklumat yang terdapat pada borang permohonan Taska Permata Kemas selengkapnya. Borang tersebut boleh di muat turun/ download di sini: BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN TASKA PERMATA KEMAS

Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Taska Permata Kemas Untuk Ibu / Bapa / Penjaga
1. Borang ini perlu diisi oleh ibu / bapa / penjaga kanak-kanak yang ingin mendaftarkan anak di Taska PERMATA KEMAS
2. Ibu / bapa / penjaga dikehendaki mengisi Bahagian A, B, C (a) dan D.
3. Bagi pengesahan pendapatan, perlu disertakan satu (1) salinan Penyata Gaji yang disahkan oleh majikan. Bagi yang tiada penyata, perlu pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional, Penghulu,
Ketua Kampung, Pemanca dan yang setaraf dengannya. (Bahagian C Ruangan (b))
4. Sila sertakan juga satu (1) salinan dokumen Sijil Lahir, Kad Pengenalan ibu / bapa / penjaga (jika berkenaan)
5. Sila tandakan ( / ) pada kotak ( ) berkaitan.
6. Borang beserta dokumen lengkap dan ringkasan senarai nama perlu diisi dalam dua (2) salinan.
7. Permohonan ini akan TERBATAL dengan sendirinya sekiranya butiran yang diberikan tidak lengkap atau tidak benar.

Pusat asuhan Taska Permata Kemas - Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), pendaftaran kanak-kanak ke taska permata kemas bagi sesi 2017, borang permohonan taska permata, borang pendaftaran taska, yuran taska permata, taska permata putrajaya, taska permata kemas melaka
Pusat asuhan Taska Permata Kemas - Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Berapa Bayaran Yuran Bulanan Taska Permata Kemas
Ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu berapa caj yuran Taska Permata. Berikut rujukan yang diperoleh dari website KEMAS.
- Yuran bulanan TASKA ditetapkan oleh Jawatankuasa TASKA mengikut kemampuan ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Yuran bulanan minimum RM 30.00 dan maksimum RM 180.00 untuk perkhidmatan seharian dari jam 7.30 pagi–5.00 petang dan 6 hari seminggu.
- Yuran bulanan minimum RM 10.00 untuk perkhidmatan separuh hari dari jam 7.30 pagi–1.00 tengahari dan 5 hari seminggu.

Moga perkongsian borang pendaftaran dan permohonan kemasukan Taska Permata Kemas memberi manfaat buat anda. Jangan lupa daftar anak masuk taska. Pendaftaran kanak-kanak Taska PERMATA KEMAS ini akan bermula dari bulan Jun hingga Oktober 2016. Manakala keputusan permohonan Taska PERMATA boleh disemak pada bulan November 2016. Semoga anak anda berjaya daftar dan masuk Taska Permata Kemas.

2 comments:

  1. saya baru tahu tarikh tutup pendaftaran pada oktober.

    ReplyDelete
  2. sekarang boleh lagi ke daftar tabika kemas huhh lewat sanggat tahu tarikh daftar...

    ReplyDelete