Ads GA Leaderhead

Amanah Saham Malaysia (ASM)

Jom menabung ASM! Pelaburan Amanah Saham Malaysia (ASM) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan. Berapa Amanah Saham Malaysia dividend? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASM kita. How to buy Amanah Saham Malaysia? Kita story kat bawah. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASM boleh layari laman web Amanah Saham Malaysia online di http://www.asnb.com.my.  

amanah saham malaysia (asm), amanah saham malaysia online, amanah saham malaysia dividend, how to buy amanah saham malaysia, amanah saham malaysia dividen, dividen asm
Amanah Saham Malaysia (ASM)

Objektif Amanah Saham Malaysia
Untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.

Pelabur Sasaran Amanah Saham Malaysia
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan Memohon Amanah Saham Malaysia
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Malaysia (ASM):
- Warganegara
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara)

Harga Amanah Saham Malaysia Seunit
RM 1.00

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit
(Nak buka buku Amanah Saham Malaysia kena melabur RM100 paling minimum)

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
(Nak tambah pelaburan Amanah Saham Malaysia, tambah duit, paling sikit masukkan RM1 bagi yang guna buku ASM tu)

Pelaburan maksimum Amanah Saham Malaysia
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.

amanah saham malaysia (asm), amanah saham malaysia online, amanah saham malaysia dividend, how to buy amanah saham malaysia, amanah saham malaysia dividen, dividen asm
Buku akaun Amanah Saham Malaysia (ASM)

How to buy Amanah Saham Malaysia
Macam mana cara nak beli dan melabur dalam Amanah Saham Malaysia? Untuk buat buku pelaburan Amanah Saham Malaysia, datang sahaja ke mana-mana Cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB untuk membuat urus niaga. Ejen ASNB merangkumi Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia. Pelaburan bermula RM100 untuk buka buku ASM, kemudian boleh ditambah dengan nilai bermula RM1.

Adakah Amanah Saham Malaysia dikenakan caj jualan balik? Tiada. Malah tiada juga caj jualan. Pembayaran jualan balik ASM akan diberikan serta-merta. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Mac iaitu pada 31 Mac. Pengiraan dividen Amanah Saham Malaysia akan dilakukan.

Penutupan akaun ASM dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Malaysia (ASM) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Dividen Amanah Saham Malaysia dari tahun 2014 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Mac
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.60
6.60
6.30

Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 31 Disember  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.70
7.50
7.25

Kalau tengok jadual agihan dividen Amanah Saham Malaysia, ianya menurun sikit je. Tahun 2016 dividen Amanah Saham Malaysia diumumkan sebanyak 6.30 sen seunit. Jika dibandingkan dengan ASB, nilai dividen agak tinggi/ lebih banyak dari Amanah Saham Malaysia. Di mana dividen ASB pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Untuk info lebih lanjut baca: Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Cuma ASB ni khas untuk bumiputera sahaja, tapi jika nilai pelaburan ASB dah capai tahap maksimum (RM200,000) boleh la melabur dalam Amanah Saham Malaysia pula. Untuk tahun 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Malaysia (ASM). Kita tunggu pengumuman bulan Mac depan.

2 comments:

  1. untuk umum asb yg tinggi setakat ni.. dah cukup kouta 200k baru masuk yg lain.. selagi tak cukup selagi tu la isi dulu asb sampai penuh.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL. itu tindakan paling bijak. sebab dividen asb lebih tinggi dari skim asnb yg lain. ada bonus jugak.

      Delete