Tema Hari Kebangsaan Merdeka 2016

Tema Hari Kebangsaan Malaysia merdeka yang ke-59 tahun 2016: Sehati Sejiwa | 31 Ogos tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Untuk tahun 2016, tema SEHATI SEJIWA dipilih sekali lagi sebagai tema Hari Kebangsaan negara kita. Sebab tema Sehati Sejiwa dipilih: untuk memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Gambar logo Sehati Sejiwa, tema hari kebangsaan malaysia merdeka yang ke-59 tahun 2016: sehati sejiwa, sebab tema sehati sejiwa dipilih, gambar logo sehati sejiwa, gambar hari merdeka 2016
Gambar logo Sehati Sejiwa

Tema Sehati Sejiwa juga dikatakan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini dilihat berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

tema hari kebangsaan malaysia merdeka yang ke-59 tahun 2016: sehati sejiwa, sebab tema sehati sejiwa dipilih, gambar logo sehati sejiwa, gambar hari merdeka 2016
Gambar Hari Kebangsaan Merdeka 2016
Sebagai rakyat Malaysia yang menyukuri atas nikmat kedamaian, bebas daripada penjajah, kita perlu kekalkan semangat kenegaraan dalam diri kita. Mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Sama-sama kita capai kecemerlangan dan utamakan perpaduan dalam kehidupan seharian kita.

Tak sabar nak tengok acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016 kat tv kelak. Mesti ada kereta berhias. Suka tengok! Duhai rakan senegaraku, SELAMAT HARI MERDEKA! Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016.

2 comments:

  1. selamat menyambut bulan kemerdekaan yer..

    ReplyDelete
  2. Baru lepas nyanyi dan sambut pembukaan hari kemerdekaan tahun ni...

    ReplyDelete