Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia)

Jom menabung AS 1Malaysia! Juga dikenali AS1M. Pelaburan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan skim pelaburan ahli KWSP. Berapa dividen Amanah Saham 1Malaysia? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan AS 1Malaysia kita. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan AS1M boleh layari laman web Amanah Saham 1Malaysia online di http://www.asnb.com.my.  


Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia), amanah saham 1malaysia (as 1malaysia), amanah saham 1malaysia online, amanah saham 1malaysia dividen, amanah saham 1malaysia as1m, amanah saham 1malaysia dividend 2014 – 2015, amanah saham 1malaysia still available
Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia)
Amanah Saham 1Malaysia still available?
I was wondering whether Amanah Saham 1 Malaysia still available for purchasing?
Berita 22 Mac 2010: Six billion Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M) units are still available for public subscription, to date. The AS1M, a fixed price fund of RM1 per unit, is open to all Malaysians with 50 per cent allocated to Bumiputeras, 30 per cent Chinese, 15 per cent Indians and other races, five per cent.

Amanah Saham 1Malaysia dividend 2014 – 2015
PNB declares 6.40 sen dividend for Amanah Saham 1Malaysia for financial year 2015. While in 2014, PNB announced 6.60 sen dividend for AS1M.

Objektif Amanah Saham 1Malaysia
Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Pelabur Sasaran Amanah Saham 1Malaysia
- Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang
- Pelabur yang memahami pulangan dan risiko
- Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada

Kelayakan Memohon Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia):
- Warganegara
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara)

Harga Amanah Saham 1Malaysia Seunit
RM 1.00

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit
(Nak buka buku Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) kena melabur RM100 paling minimum)

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
(Nak tambah pelaburan Amanah Saham 1Malaysia, tambah duit, pelaburan tambahan bermula RM1 ke atas bagi yang guna buku AS 1Malaysia tu)
KWSP: RM1,000

Pelaburan maksimum Amanah Saham 1Malaysia
Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS1M.

Buku akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia), amanah saham 1malaysia (as 1malaysia), amanah saham 1malaysia online, amanah saham 1malaysia dividen, amanah saham 1malaysia as1m, amanah saham 1malaysia dividend 2014 – 2015, amanah saham 1malaysia still available
Buku akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia)
Adakah Amanah Saham 1Malaysia dikenakan caj jualan balik? Tiada. Malah tiada juga caj jualan. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut. Pembayaran jualan balik AS 1Malaysia akan diberikan serta-merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan September iaitu pada 30 September. Pengiraan dividen Amanah Saham 1Malaysia akan dilakukan.

Penutupan akaun AS1M dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Dividen Amanah Saham 1Malaysia dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 30 September
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.70
6.60
6.40

Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 31 Disember  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.70
7.50
7.25

Kalau tengok jadual agihan dividen Amanah Saham 1Malaysia, ianya menurun sedikit. Tahun 2015 dividen Amanah Saham 1Malaysia diumumkan sebanyak 6.40 sen seunit. Jika dibandingkan dengan ASB, nilai dividen agak tinggi/ lebih banyak dari Amanah Saham 1Malaysia. Di mana dividen ASB pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Untuk info lebih lanjut baca: Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Nak melabur untuk kedua-dua skim pun boleh. Selain buat pelaburan Amanah Saham 1Malaysia, boleh buat satu lagi akaun untuk ASB pula. Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia). Kita tunggu pengumuman bulan September depan.

No comments:

Post a Comment