Ads GA Leaderhead

Apa Itu Simpanan Shariah KWSP?

Bermula 8 Ogos 2016, rakyat Malaysia mula membuat pendaftaran simpanan shariah di kaunter KWSP. Mereka menukar simpanan KWSP dari konvensional ke shariah. Pengiraan kadar dividen simpanan syariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum. KWSP yakin simpanan shariah beri dividen yang baik. Jom kita kenali, apa itu simpanan shariah KWSP.

Apakah Simpanan Shariah?
Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.

Mengapakah Simpanan Shariah baru diperkenalkan?
Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan di kalangan ahli KWSP supaya akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Syariah diperkenalkan.

Bilakah tarikh daftar Simpanan Shariah KWSP? Bila tarikh akhir tukar Simpanan Syariah KWSP?
Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

apa itu simpanan shariah kwsp, ciri-ciri simpanan kwsp shariah, bilakah tarikh daftar simpanan shariah kwsp, bila tarikh akhir tukar simpanan syariah kwsp, akaun kwsp patuh syariah
Kenali apa itu Simpanan Shariah KWSP
 Baca: Perbezaan Simpanan Konvensional versus Simpanan Shariah KWSP

Apakah ciri-ciri utama Simpanan Shariah KWSP?
Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah. Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah di mana Lembaga KWSP dilantik dan diamanahkan untuk bertindak bagi pihak ahli untuk menguruskan dan melaburkan simpanan ahli mengikut Syariah.

Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah, KWSP. Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP dan Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan KWSP Konvensional.

Bolehkah ahli KWSP mempunyai dua akaun KWSP – Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah?
Tidak, ahli KWSP hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah.

Apakah itu Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) dan siapakah Ahli JKPS?
JKPS adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga KWSP di bawah seksyen 23A Akta KWSP 1991. JKPS merupakan pihak berkuasa bagi penentuan perkara Syariah dalam memastikan pengurusan Simpanan Shariah mematuhi prinsip Syariah.
JKPS hendaklah dianggotai oleh tidak kurang daripada tiga orang yang berkelayakan dalam bidang Syariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang Syariah dan perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan.

Harap perkongsian apa itu Simpanan Shariah KWSP menyediakan maklumat bermanfaat untuk anda. Dah tahu macam mana nak daftar akaun KWSP patuh syariah? Memahami kelebihan Simpanan Shariah KWSP? Wokeh, mesej dah sampai la tu.


Artikel menarik:

No comments:

Post a Comment