Ads GA Leaderhead

Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Jom menabung ASB 2! Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan, sijil dan skim pelaburan ahli KWSP. Berapa dividen Amanah Saham Bumiputera 2? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASB 2 kita. Nak lebih cepat, buat pengiraan sendiri: Amanah Saham Bumiputera calculator. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASB2 boleh layari laman web Amanah Saham Bumiputera 2 online di http://www.asnb.com.my.  

amanah saham bumiputera 2 dividend, dividen amanah saham bumiputera 2, amanah saham bumiputera haram, amanah saham bumiputera untuk kanak-kanak, amanah saham bumiputera online, amanah saham bumiputera cimb, amanah saham bumiputera calculator
Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Ye ke Amanah Saham Bumiputera haram? Untuk penerangan lebih lanjut baca: Hukum Pelaburan ASB & ASN. Kini senang nak berurus niaga dengan pelaburan ASB 2, boleh datang terus ke cawangan ASNB takpun boleh pergi ke ejen-ejen ASNB umpamanya Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia. Amanah Saham Bumiputera CIMB, senang nak update buku akaun ASB kat situ.

Bagi kanak-kanak, boleh buat buku akaun ASB 2 di bawah akaun bijak. Tapi kalau nak buat buku ASB, boleh buat di bawah akaun remaja. Nampak macam sama tapi berbeza - Amanah Saham Bumiputera untuk kanak-kanak.

Artikel menarik:

Objektif Amanah Saham Bumiputera 2
Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.

Pelabur Sasaran Amanah Saham Bumiputera 2
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:
- Memahami risiko dan pulangan pelaburan
- Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadar pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Securities, MGS) 5-Tahun

Kelayakan Memohon ASB 2
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2):
- Bumiputera
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah bumiputera)

Harga Amanah Saham Bumiputera 2 Seunit
RM1.00

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 10 unit
(Nak buka buku Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) kena melabur RM10 paling minimum)
Sijil: 1,000 unit

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 10 unit
(Nak tambah pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2, tambah duit, pelaburan tambahan bermula RM10 ke atas bagi yang guna buku ASB 2 tu)
Sijil: gandaan 1,000 unit
KWSP: RM1,000

Pelaburan maksimum Amanah Saham Bumiputera 2
Akaun Dewasa: 200,000 unit*
(Had maksimum melabur dalam ASB 2 bagi akaun dewasa ialah RM200 ribu)
Akaun Bijak: 50,000 unit*
(Had maksimum melabur dalam ASB 2 bagi akaun bijak ialah RM50 ribu)
* Walau bagaimanapun, had pelaburan maksimum di dalam tempoh tawaran awal atau dalam mana-mana tempoh yang lain mungkin berubah dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurus. Pengurus juga berhak untuk membenarkan pelaburan maksimum melebihi had pelaburan maksimum yang ditetapkan, di mana unit ini diwarisi daripada pemegang unit yang telah meninggal dunia atau kerana pelaburan semula pengagihan pendapatan.

amanah saham bumiputera 2 dividend, dividen amanah saham bumiputera 2, amanah saham bumiputera haram, amanah saham bumiputera untuk kanak-kanak, amanah saham bumiputera online, amanah saham bumiputera cimb, amanah saham bumiputera calculator
Buku akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Adakah Amanah Saham Bumiputera 2 dikenakan caj jualan balik? Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan. Berapa caj jualan ASB 2? Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.

Bila pembayaran jualan balik ASB 2? Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta.

Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Mac iaitu pada 31 Mac. Pengiraan dividen Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilakukan.

Penutupan akaun ASB 2 dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Dividen ASB 2 dari tahun 2015 hingga 2016
Tahun berakhir 31 Mac
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.50
7.05
Kadar pengagihan pendapatan khas seunit (sen)
0.25
-

Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 31 Disember  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.70
7.50
7.25
Bonus seunit (sen)
1.00
1.00
0.50

Kalau tengok jadual agihan dividen Amanah Saham Bumiputera 2, ianya menurun sedikit. Tahun 2015 dividen ASB 2 diumumkan sebanyak 7.50 sen seunit, manakala tahun 2016 dividen ASB 2 diumumkan 7.05 sen seunit. Jika dibandingkan dengan ASB, nilai dividen ASB rendah dari Amanah Saham Bumiputera 2. Di mana dividen ASB pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. ASB 2 pada 7.50 sen seunit. See, ada jurang perbezaan di situ. Untuk info lebih lanjut baca: Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Melihat dari carta agihan dividen di atas, ternyata melabur dalam ASB 2 amat menguntungkan! Untuk tahun 2017 - 2018, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Kita tunggu pengumuman bulan Mac tahun mendatang.

No comments:

Post a Comment