Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia Merdeka

Hari Kebangsaan juga dikenali Hari Kemerdekaan Malaysia disambut tanggal 31 Ogos setiap tahun. Setiap tahun memang ada tema kemerdekaan itu sendiri. Bagi tahun 2016, tema SEHATI SEJIWA telah dipilih untuk HARI MERDEKA tahun ini.


Gambar logo Sehati Sejiwa, senarai tema hari kebangsaan malaysia merdeka dari tahun 1970 sehingga 2016, hari kemerdekaan malaysia 31 ogos, tema hari kemerdekaan 2016
Tema Hari Kemerdekaan 2016: Sehati Sejiwa
Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia Merdeka Dari Tahun 1970 Sehingga 2016
1970 - Muhibah dan Perpaduan
1971 - Masyarakat Progresif
1972 - Masyarakat Adil
1973 - Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 - Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 - Masyarakat Berdikari
1976 - Ketahanan Rakyat
1977 - 20 Tahun Bersatu Maju
1978 - Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin
1980 - Berdisiplin Berbakti
1981 - Berdisiplin Berharmoni
1982 - Berdisiplin Giat Maju
1983 - Bersama ke Arah Kemajuan
1984 - Amanah Asas Kejayaan
1985 - Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan Asas Kejayaan
1993 - Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 - Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 - Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 - Keranamu Malaysia
2007 - Malaysiaku Gemilang
2008 - Perpaduan Teras Kejayaan
2009 - 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 - 1Malaysia Menjana Tranformasi
2011 - 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012 - 1Malaysia. Janji Ditepati
2013 - Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014 - Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2015-2016 - Sehati Sejiwa

Penuh patriotik bila baca kesemua senarai tema Hari Kebangsaan Malaysia Merdeka. Moga kita semua menghargai erti kemerdekaan, keamanan dan ketenteraman yang kita kecapi sekarang. Sangat berterima kasih kepada pahlawan negara yang sanggup berkorban demi kepentingan negara. Terima kasih pendekar negara, selamat Hari Merdeka untuk semua.

No comments:

Post a Comment