Buku ASB hilang, apa yang perlu kita
buat? Bagaimana
nak buat buku ASB baru? Mesti gabra bila buku akaun ASB kita hilang, atau
kita lupa kat mana kita letak buku ASB tu. Yelah, buku pelaburan, mesti la kita
sayang. Kalau buku ASB kita hilang, macam mana nak buat baru? Bila buku ASB hilang bagaimana nak ambil duit? Jom baca penerangan di bawah.
Buku ASB hilang? Bagaimana nak buat baru? |
Cara Dapatkan Buku Pelaburan ASB Baru
Bagi Ganti Buku ASB Hilang
Berikut merupakan prosedur jika anda
kehilangan buku ASB dan nak buat buku ASB baru. Dalam erti kata lain, buku
gantian ASB yang hilang tu.
1. Pergi ke cawangan ASNB atau ejen
ASNB, buat laporan kehilangan buku ASB.
2. Ambil borang di kaunter khidmat
pelanggan dan buat permohonan buku gantian ASB.
3. Beli setem hasil RM10.
4. Jumpa pesuruhjaya sumpah untuk
matikan setem tersebut, ada bayaran RM6 dikenakan.
5. Ambil nombor giliran ASNB untuk
memproses borang tersebut.
6. Berikan borang tadi kepada staf
ASNB berserta kad pengenalan/ mykad kita. Ada bayaran RM2 dikenakan. Tunggu
mereka proses borang tersebut.
7. Bila segala dokumen lengkap,
buku pelaburan ASB baru akan diberikan serta-merta.
8. Bila dah dapat buku baru ASB,
barulah kita boleh keluarkan duit ASB. Begitulah cara kita buat buku ASB baru
menggantikan buku ASB hilang.
Apa Yang Perlu Anda Tahu Bila Kehilangan
Buku Pelaburan ASB
Apakah yang saya perlu lakukan
sekiranya saya kehilangan buku ASB?
Anda perlu mengambil tindakan
seperti berikut:
- Sila rujuk Perkhidmatan ASNB
untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan.
- Melaporkan segera kehilangan
tersebut di cawangan ASNB atau ejen ASNB bagi tujuan pembekuan akaun.
- Membuat permohonan buku gantian
di cawangan ASNB terdekat.
- Buku pelaburan baru akan
dikeluarkan serta-merta oleh ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur atau cawangan
ASNB.
Bila buku ting ASB hilang |
Bila Terjumpa Semula Buku ASB Hilang
Setelah membuat laporan kehilangan
buku, saya telah menjumpai semula buku berkenaan. Apakah yang harus saya
lakukan?
Proses pelepasan dari status
pembekuan akan dilakukan oleh ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur setelah menerima
dokumen lengkap dari cawangan ASNB negeri atau ejen-ejen ASNB. Sila rujuk
Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku tersebut
boleh digunakan setelah pelepasan dilakukan.Walau bagaimanapun, sekiranya buku
gantian telah dikeluarkan, buku asal tersebut telah dibatalkan dan tidak lagi
boleh digunakan.
Artikel menarik:
Pengalaman Sendiri Hilangkan Buku ASB
Aku sendiri pun pernah terhilangkan
buku ASB nih. Berlaku pada tahun 2008, masa tu aku baru bekerja kat Ipoh. Cari
punya cari, aiyoyo aku tak jumpa buku ASB. Abang aku pun temankan ke cawangan
ASNB untuk buka buku baru. Prosedurnya seperti di atas. Agak leceh la
sebenarnya. Nak pergi sana sini. Cari kat mana pesuruhjaya sumpah, time tu memang
tak tahu. Last-last berjaya jugak aku memiliki buku ASB baru. Masalah settle..
Moga perkongsian buku ASB hilang
bagaimana buat buku ASB baru membantu anda ketika proses penggantian buku
baru. Moga dipermudahkan urusan anda. Dah ada buku baru ASB, senang lah.. Boleh
check baki akaun ASB kita, semak berapa bonus dan dividen yang kita dapat,
dapat ambil duit, dapat masukkan duit. Seronoknya menabung bersama Amanah Saham
Bumiputera! Duit beranak pinak.
ooo begitu yer.. info yang berguna ni.. terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteTerima kasih. Info yang sangat berguna. Rupanya ada ye cawangan ASNB. Ingatkan mesti pergi yang kat jalan Ampang tu je.
ReplyDeletewww.mamacilik.com
Info yg sangat berguna terima kasih
ReplyDeleteBuku ASB saya dah lama hilang macam mana saya nak chek kalau ada balance2 acc lama saya tu ???
ReplyDelete