Semak Rekod Kehadiran Anak Ke Sekolah Melalui MySekolah

Ibu bapa boleh membuat semakan REKOD KEHADIRAN MURID – di mana boleh menyemak rekod kehadiran anak ke sekolah melalui aplikasi PEPATIH MySekolah. Aplikasi MySekolah sememangnya banyak memberi kebaikan, ini bagi memastikan adakah pelajar tersebut benar-benar hadir ke sekolah, adakah mereka sentiasa ada di dalam kelas.

Melalui MySekolah, ibu bapa dan penjaga boleh melihat rekod kehadiran anak mereka secara keseluruhan mengikut bulan. Untuk melihat rekod ini anda perlu pastikan
1. Sekolah anak anda menggunakan MySekolah
2. Anda sudah install aplikasi MySekolah
3. Anda sudah memohon notifikasi kehadiran anak anda (Panduan memohon notifikasi kehadiran anak)

semakan rekod kehadiran murid, mysekolah membolehkan ibu bapa melihat rekod kehadiran anak, aplikasi pepatih mysekolah, permohonan notifikasi kehadiran anak di sekolah, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ponteng sekolah
Rekod kehadiran anak ke sekolah melalui MySekolah
 Apabila sudah buka aplikasi MySekolah, dashboard ibu bapa akan memaparkan nama anak mereka


semakan rekod kehadiran murid, mysekolah membolehkan ibu bapa melihat rekod kehadiran anak, aplikasi pepatih mysekolah, permohonan notifikasi kehadiran anak di sekolah, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ponteng sekolah
MySekolah membolehkan ibu bapa melihat rekod kehadiran anak
 Tekan pada nama anak anda, anda akan dapat lihat rekod kehadiran bulan semasa anak anda datang ke sekolah. Ada tarikh hari bulan, masa hadir, pengesahan sama ada hadir atau tidak hadir ke sekolah.

MySekolah: Bila ibu bapa dan penjaga menerima notifikasi kehadiran anak?
Notifikasi anak yang hadir akan di hantar dalam lingkungan 5 minit sebaik sahaja anak hadir ke sekolah. Namun bagi murid yang tidak hadir bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Jika pihak pengurusan menetapkan jam 9 pagi, ibu bapa atau penjaga akan menerima notifikasi anak tidak hadir jam 9 pagi menerusi aplikasi MySekolah. Selalunya pihak sekolah akan menetapkan jam 9 pagi untuk sesi pagi dan jam 2.30 petang untuk sesi petang

MySekolah: Bagaimana jika pelajar escape kelas ‘lompat pagar’
Istilah ‘lompat pagar’ ini selalunya digunakan jika murid tersebut hadir pada kelas pertama dan kedua. Namun murid tersebut ‘lompat pagar’ dan tiada di kelas seterusnya.

Sebelum sekolah menggunakan aplikasi ini, amat sukar untuk guru mengenalpasti murid yang ‘lompat pagar’ kerana guru matapelajaran tidak tahu siapa yang hadir dan tidak hadir melainkan diberitahu.

Dengan aplikasi MySekolah ini, guru kelas boleh mengetahui siapa yang hadir dan siapa yang hari pada kelas sebelumnya. Jika murid didapati tiada di dalam kelas tersebut, guru matapelajaran boleh menandakan tidak hadir menggunakan aplikasi yang dibekalkan. Notifikasi akan dihantar kepada ibu bapa dan penjaga. Dan ibu bapa atau penjaga boleh juga menyemak kehadiran anak di setiap kelas matapelajaran menggunakan aplikasi MySekolah.

Fungsi aplikasi MySekolah: Adakah aplikasi ini untuk kehadiran murid sahaja?
Tidak. Aplikasi MySekolah ini merangkumi semua komunikasi 2 hala di antara sekolah dan penjaga. Kegunaan aplikasi MySekolah, ibu bapa boleh menyemak rekod kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah.

Dengan adanya aplikasi MYSEKOLAH, ianya membolehkan penglibatan ibu bapa dalam membendung gejala ponteng sekolah di kalangan anak-anak. Ibu bapa kini boleh semak rekod kehadiran anak ke sekolah setiap hari - peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. 

Artikel bestnya kalau ada aplikasi MySekolah:

No comments:

Post a Comment