Bagaimana nak tukar ke simpanan KWSP
patuh syariah? Bagaimana cara mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah? Berikut merupakan
panduan untuk anda tentang cara tukar akaun KWSP dari Simpanan Konvensional ke
Simpanan Shariah KWSP.
Cara Daftar Akaun Simpanan Shariah KWSP |
1. Pendaftaran Simpanan Shariah
KWSP bermula Isnin bertarikh 8 Ogos 2016. Pendaftaran KWSP patuh syariah hanya
boleh dilakukan di kaunter KWSP sahaja.
2. Anda perlu bawa kad pengenalan/
mykad.
3. Anda sendiri sebagai pemohon
Simpanan Shariah KWSP wajib hadir ketika sesi pendaftaran dilakukan. Adanya akad
dan cop ibu jari anda pada borang.
4. Proses pengeluaran Simpanan
Shariah sama seperti Simpanan Konvensional.
5. Walaupun sudah daftar Simpanan
Shariah KWSP mulai 8/8/16, tarikh kuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula
pada 1 Januari 2017 (tahun depan).
6. Hanya RM100 billion dana
diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun 2017. Jika anda nak nikmati KWSP
patuh syariah, kena cepat daftar.
Mudahnya Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP
Ahli perlu hadir ke mana-mana
kaunter KWSP bermula 8.8.2016 dan membawa bersama Mykad atau Pasport (untuk
bukan warganegara) untuk pengesahan identiti ahli. Ahli perlu menyerahkan
dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah
yang telah dicetak. Buat masa ini, pendaftaran secara atas talian tidak
disediakan.
Bagaimanakah tarikh kuat kuasa
ditentukan?
- Tarikh kuat kuasa bagi ahli yang
telah membuat pilihan Simpanan Shariah adalah tertakluk kepada:
1. Peruntukan dana patuh Syariah
tahunan yang akan diperolehi oleh ahli berdasarkan giliran; dan
2. Apa-apa syarat lain yang
ditentukan oleh Lembaga KWSP.
- Tarikh kuat kuasa pilihan adalah
pada 1 Januari mengikut tahun peruntukan dana patuh Syariah tahunan yang
diluluskan kepada ahli.
- Apabila pendaftaran Simpanan
Shariah telah memenuhi kuota dana yang diperuntukkan pada tahun tersebut, ahli
yang telah membuat pilihan Simpanan Shariah tetapi belum berjaya memperolehi
peruntukan dana tersebut, perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan
seterusnya.
Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui
jika permohonan saya untuk memilih Simpanan Shariah KWSP telah berjaya?
- Permohonan ahli yang berjaya akan
menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa
tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan
Shariah.
- Sekiranya ahli tidak menerima
sebarang makluman berkenaan tarikh kuat kuasa ianya disebabkan oleh:
1. Kuota dana patuh Syariah yang
diperuntukkan telah dipenuhi dan ahli masih dalam senarai menunggu; dan/atau
2. Maklumat perhubungan ahli tidak
dikemaskini.
- Sebarang pertanyaan, sila
hubungi:
1. Pusat Pengurusan Perhubungan
KWSP di 03-8922-6000; atau
2. Layari www.kwsp.gov.my.
Moga perkongsian cara daftar
akaun Simpanan Shariah KWSP memberi manfaat buat semua. Ramai dah yang
pilih dan beralih ke akaun KWSP simpanan shariah. Termasuk orang Cina dan
India. Bahkan, KWSP yakin simpanan shariah beri dividen yang baik. Macam best je.
Jom kita bertukar!
Artikel menarik:
No comments:
Post a Comment