Sambutan Hari Malaysia 16 September

Apa itu Hari Malaysia? Hari Malaysia merupakan pembentukan Malaysia 1963. Ketika ini, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk menyertai penubuhan persekutuan Malaysia. Itulah sejarah Hari Malaysia. Setiap tahun, tanggal 16 SEPTEMBER ia merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia. Sambutan Hari Malaysia 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.


Sambutan Hari Malaysia 16 September, apa itu hari Malaysia, sambutan hari Malaysia 2016, 16 sept hari Malaysia, hari malaysia sejarah, maksud 16 september, pembentukan malaysia 1963, karangan sambutan hari Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 16 September

Apa yang menyeronokkan di Hari Malaysia
Apa yang best bila tibanya Hari Malaysia, sekolah akan cuti, malah orang yang bekerja pun akan cuti. Hari Malaysia merupakan cuti umum. Horrey, memang best bila sesekala menikmati cuti umum.

Biasanya bila ada cuti umum umpamanya Hari Malaysia, rancangan tv akan tawarkan program best-best. Macam-macam cerita menarik ditayangkan. Lagi best, bila pihak Astro beri peluang untuk pelanggannya menikmati channel percuma ke semua saluran. Tonton free semua channel!

Boleh tengok acara perbarisan kat tv sempena sambutan Hari Malaysia. Kengkadang ada konsert live kat tv. Lagu patriotik berkumandang di tv dan corong radio. Menambah rasa cintakan Malaysia. Maksud 16 September memperingati tentang gabungan penyertaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pembentukan Malaysia 1963 suatu ketika dahulu.

Bila faham tentang sejarah Malaysia, kita akan semakin menyayangi negara kita. Semangat kenegaraan yang membuak-buak. Menghargai akan keamanan, ketenteraman, keharmonian, kita faham mengapa Hari Malaysia begitu bermakna.

Sejarah Hari Malaysia dan pembentukan negara Malaysia 1963
Pembentukan persekutuan Malaysia berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. 

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Secara rasmi, penubuhan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 seterusnya diumumkan sebagai Hari Malaysia.

16 September Cuti Umum Hari Malaysia
Bermula tahun 2010, Hari Malaysia diumumkan sebagai cuti umum seluruh Malaysia meliputi Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 16 September 2016, selamat menikmati cuti am dan selamat menyambut Hari Malaysia!

1 comment:

  1. http://madey09.blogspot.my/ klik laman Etuza ya..dah follow blog anda..

    ReplyDelete