Amanah Saham Didik (ASD)

Jom menabung ASD! Pelaburan Amanah Saham Didik (ASD) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan skim pelaburan ahli KWSP. Berapa dividen Amanah Saham Didik? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASD kita. Kelebihan Amanah Saham Didik? Kita story kat bawah. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASD boleh layari laman web Amanah Saham Didik online di http://www.asnb.com.my.  

amanah saham didik (asd), amanah saham didik online, amanah saham didik dividen, kelebihan amanah saham didik, amanah saham didik 2015
Amanah Saham Didik (ASD)

Kelebihan Amanah Saham Didik
- menggalakkan tabiat menyimpan terutamanya di kalangan ibu bapa bagi membiayai pendidikan anak-anak.
- saham amanah bukan sahaja untuk menabung tetapi kita juga akan dapat keuntungan daripadanya.
- ASD mudah tunai dan boleh dijual balik pada bila-bila masa. Mudah!
- ASD pelaburan jangka panjang yang memberi keuntungan pelabur.
- Pelaburan dalam skim ASD boleh dibuat dalam bentuk tunai, cek, draf bank, potongan gaji, skim pelaburan KWSP dan arahan tetap. Mudah bagi pelabur nak tambah pelaburan.
- bayi atau kanak-kanak seawal usia 6 bulan hingga 17 tahun, dah boleh buka akaun ASD di bawah Akaun Bijak ASD. Lebih awal dibuka, lebih banyak peluang untuk anak nikmati hasil dividen ASD.
- Mudah nak berurus niaga dengan skim ASD. Boleh melalui Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau ejen-ejen ASNB yang merangkumi pejabat Pos Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad, Mayban Finance Berhad, Bumiputra-Commerce Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Objektif Amanah Saham Didik
Untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.

Pelabur Sasaran Amanah Saham Didik
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mengharapkan pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dari pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada), sebagai persediaan keperluan kewangan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan pelabur dan ahli keluarga pada masa hadapan.

Kelayakan Memohon Amanah Saham Didik
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Didik (ASD):
- Bumiputera
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah bumiputera)

Harga Amanah Saham Didik Seunit
RM 1.00

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit
(Nak buka buku Amanah Saham Didik (ASD) kena melabur RM100 paling minimum)

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 1 unit
(Nak tambah pelaburan Amanah Saham Didik, tambah duit, pelaburan tambahan bermula RM1 ke atas bagi yang guna buku ASD tu)
KWSP: RM1,000

Pelaburan maksimum Amanah Saham Didik
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.

amanah saham didik (asd), amanah saham didik online, amanah saham didik dividen, kelebihan amanah saham didik, amanah saham didik 2015
Buku akaun Amanah Saham Didik (ASD)

Adakah Amanah Saham Didik dikenakan caj jualan balik? Tiada. Malah tiada juga caj jualan. Pembayaran jualan balik ASD akan diberikan serta-merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Jun iaitu pada 30 Jun. Pengiraan dividen Amanah Saham Didik akan dilakukan.

Penutupan akaun ASD dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Didik (ASD) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Dividen Amanah Saham Didik dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 30 Jun
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.80
6.60
6.60

Dividen ASB dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 31 Disember  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.70
7.50
7.25

Kalau tengok jadual agihan dividen Amanah Saham Didik, ianya menurun sedikit, kemudian dividen ASD kekal antara tahun 2014 dan 2015. Tahun 2015 dividen Amanah Saham Didik diumumkan sebanyak 6.60 sen seunit. Jika dibandingkan dengan ASB, nilai dividen agak tinggi/ lebih banyak dari Amanah Saham Didik. Di mana dividen ASB pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Untuk info lebih lanjut baca: Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Nak melabur untuk kedua-dua skim pun boleh. Selain buat pelaburan Amanah Saham Didik, boleh buat satu lagi akaun untuk ASB pula. Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Didik (ASD). Kita tunggu pengumuman bulan Jun depan.

2 comments: